Utk entry ni, aku nak story mory skit pasal pengalaman kami di Sabah pada hari kedua (16 April 2011).. Jom layanzzzzzzzz.......
Pagi hari kedua kami kat sana, pas sarapan jer terus kami ronda2 di sekitar tempat tinggal kami.. rupa2nya kat bawah bukit tu tersergam ladang sayur yg subur menghijau.. ape yg aku perhatikan, kat sabah ni byk ditanam pokok bawang.. dan aku di fahamkan daun bawang ni antara bahan yg digunakan utk membuat sayur campur ataupun lenih popular dengan "sayur Sabah". kami juga sempat merasa sayur sabah ni ketika berkunjung ke rumah sahabatku di KK. Oh ya, aku sempat posing di ladang sayur yg berlatarbelakangkan gunung kinabalu..
Kami suami isteri yg seronok tgk pemandangan indah ciptaan Yang Maha Esa... dan inilah maksudku pada entry yg lepas apabila menginap di Kinabalu Rose Cabin.... kita akan dapat menyaksikan sendiri gunung kinabalu secara dekat dan jelas.
Setelah puas snap gambo, kami pun bergerak ke Ranau.... tp sempat singgah di kedai tepi jalan yg menjual pelbagai jenis sayur, buah2an, keropok dan macam2 lagi.. kami sempat la membeli buah yg agak pelik dan asing bagi iaitu buah agar2 dan buah epal susuk.
Ni pulak dah sampai dah kat air panas hot spring poring... rumah ni sebenarnya menempatkan jakuzi yg merupakan tempat mandi tertutup. Sejam rm15 jer.. memang berbaloi lah.. selesa... kat dalam tu luas dan disediakan jugak tandas dan tempat mandi...
Inilah ghopenye jakuzi tu...hehe... best!
Ni pulak tempat mandi di kawasan terbuka.
Pas mandi2, kami sempat jungle trekking sejauh kira2 500 meter utk sampai ke air terjun nie... mmg cantik sgt... bersih jer.. jernig airnya... berba;loi2 lah berjungle trekking sambil tercungap2.. kik3
Sebenarnya utk melihat bunga raflesia tu, kami perlu melalui denai.. macam x percaye je kami mendaki denai dengan viva ni.. siap meredah sungai.. mase nak balik tu kami sempat membasuh kereta di tengah2 sungai... Suatu pengalaman yg sgt best! air sungai yg sgt bersih dan sejuk..
No comments:
Post a Comment