Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 27, 2011

Latihan Sukan di Cameron Highland

Entry ni sebenarnya aku hupdet sementara menunggu hp sedang di charge... hehe

Skrg ni aku kat Cameron Highland... dari semalam (sabtu).. dan dijangka balik pada selasa ni... ade latihan sukan... insyallah sukan yg sebenarnya akan berlangsung pada pertengahan bulan depan di USIM... aku masuk sukan yg senang2 jer... boling padang n congkak... hehehehe....

Kedatangan aku ke cni pada sabtu sebenarnya ditemani oleh suami tercinta... tp abg x dapat temankan sehingga selasa sbb kena kerja... so abg blk KL naik bas dr cameron ni... sempat jugak la kami jalan2 tgk ladang strobery, ladang teh.... dan sempat jugak menghirup air ginger honey tea.. perghhh... sedap gak....n yg plg penting makan strobery celup coklat...hehe....

k la... malas dah nak taip panjang2.. sudah ngantuk.... ZZZZzzzzzzzzz....

Friday, June 24, 2011

My wishlist

ermmmm...... wishlist.....

Untuk tahun 2011 ni sebenarnye byk beno wishlist aku.... ekekekeke..... tp sebenarnye ade 2 wishlist yg sgt aku nak... yg aku idam2kan..... nak tau????


1. Dapat segera pindah ke HQ supaya aku dapat tinggal sekali ngan hubby (sedey woo duk jauh2 ni.... hanya yg pernah mengalami je yg paham.. org lain jgn sibuk2!)



2. Baby sebagai pelengkap rumahtangga kami (ramai yg tanya, "bila korang nak dapat anak???" Hello.... anak ni rezeki drpd Allah... Hanya Dia je yg tau bila waktu yg sesuwai hokkey!!! Ramai yg ckp aku plan.. sedey bile org ckp mcm tu.. Adalah lebih baik korang mendoakan yg terbaik utk kami... )



Ok... itu jer.... tata titi tutu.........

Thursday, June 23, 2011

Jalan2 di Janda Baik n Bukit Tinggi

Hai semua!

Baru2 ni kami suami isteri menghabiskan cuti hujung minggu di Janda Baik n Bukit Tinggi... Semua ni dibuat tanoa dirancang... tghhari tu hubby kol suh siapkan makanan n nak berkelah kat jeram di Janda Baik.. so dgn hati yg berbunga2 pun terus la menyiapkan makanan n kelengkapan berkelah.. pastu hubby suh bwk baju sekali... nak bermalam di sana...

Sebenarnya kami hampit x jd pergi sbb kereta hubby tetiba je aircond n power window rosak... terus bawak p repair.. terbang gak la rm3oo++... huhu.... tapi akhirnya kami meneruskan niat kami ni sbb klu x pi, entah bila la masanya kami nak pi...

Kami sampai di Janda Baik dah lewat.. kul 6 lebih... x sempat berkelah, hari dah ptg sgt... so kami decide mkn jer bekalan makanan dlm chalet jer... hehe... Alhamdulillah rezeki menyebelahi kami. kami dapat chalet betul2 tepi jeram.... chalet ni milik KOBAIK... rm120 semalam... selesa... esok paginye... kami bersiar2 di sekitar kawasan... pastu ape lagi..berendam ler....hehe... sejuk..air pun bersih....

Tghhari tu pas dah puas berendam.... bersiap2.. check out... pastu terus ke Bukit Tinggi... x jauh pun.. dlm 10 km je dr Janda Baik... Nak masuk kene bayar rm12 utk dewasa.... Mmg x dinafikan..... mmg cantik tempat nie... mcm kat luar negara... kat japanese garden pun sama.... terpesona ngan landskap kat ctu....sungguh hijau n sejuk mata memandang...

k lah.. layan gambar jom.....





Friday, June 17, 2011

Dinikahkan, bersanding, outdoor, honeymoon dan majlis sambut tetamu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2..

Untuk entry kali ni aku nak story pasal kisah kami pada Jun 2010.. tahun lepas lah senang citer... hehe

Tarikh 4 Jun tu sebenarnya tarikh kami selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yg sah.... After 7 years kami cintan cintun.. Alhamdulillah syukur sgt.... On the spot lah aku telah bertukar status drpd cik kepada puan.... hehe... Mase nak nikah tu sebenarnye sebak sgt... entah la.. rase berdebar2, sedih, gembira, excited... semua ade la.. all in 1...
5 Jun lak... kami bersanding kat uma aku kat Jitra.... tema kami pada hari itu ialah dark chocolate.... Baju sanding tu pun sebenarnya aku yg design ikut imaginasi aku... hehe... Alhamdulillah cuace sgt baik.. ramai tetamu dtg n kami dpt byk hadiah.. hehehe.... best giler....


6 Jun - Kami beroutdoor lak... kat Tasik Melati... mentang2 la abah jurugambar pengantin, sakan la kami bergambar.. hehe

7 hingge 9 Jun pulak kami g honeymoon.... Pulau Langkawi... Obersea beb... kelassss giitew.... Dengan inai yg merah menyala di jari kami beromantika di Langkawi... hehe.. Mase ni majlis di rumah pihak lelaki pun belom lg....

12 Jun - Majlis sambut tetamu di rumah lelaki.. tema maroon... pagi tu aku ngan adik ipar aku khatam quran.. siap ade berzanji lagi... lepas tamat aku rilek jap teus g solek utk sanding lak.. kul 2.30 ptg... bergemalah paluan kompang... siap ade pencak silat.. hehe... Majlis kt kluang ni pun dpt hadiah byk giler... hehe

Sekian.... :)

Saturday, June 11, 2011

Our 1st Sweet Anniversary... :)

Assalamualaikum dears....

Pejam celik pejam celik... rupa2nya dah setahun dah perkahwinan kami... Rase mcm baru je di ijabkabulkan.... Alhamdulillah, syukur sangat... Rase mcm org tgh bercinta pun ade gak.. hehe...

Sempena ulangtahun perkawinan kami yg pertama pada 4 Jun lepas... dan hubby lak balik Jitra minggu tu... so kami semua berpakat pi Gunung Jerai untuk meraikan hari istimewa kami... Cantik sgt kat puncak gunung jerai tu.. penuh dgn bunga2an dan pokok2 yg menghijau... pastu nampak sawah padi yg terbentang luas kat bawah tu... nyaman jer kat atas tu...

Pas amik gamba gambar. posing2 ala2 outdoor gambar pengantin, kami pun turun ke kawasan air terjun... berkelah... bawak bekal drpd rumah... nasi putih, sambal sotong, sayur keladi n ikan goreng.... Kek coklat pun ade tau.... hehe

K lah... jom layan gambar....





Bye!

Saturday, June 4, 2011

Oh Begitu Indahnya Cinta..

Semasa google2.. terjumpa artikel yg ringkas tp menarik... jom baca :)


"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Friday, June 3, 2011

Dia Takdirmu Di Syurga :)

Artikel ni aku dapat dari website iluvislam.. jadi aku rasa x salah untuk dikongsikan bersama teman-teman.... Ianya agak panjang tp penuh penghayatan. Mari kita hayati bersama-sama:


Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.

Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu.

Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya.

Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.

Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.

Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.

Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng.

Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah.

Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan.

Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa.

Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.

Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain.

Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

Sebelum Kahwin

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik.

Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." an-Nisaa' (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni.

Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga.

Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini.

Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu.

Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar.

Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?

Selepas Kahwin

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia.

Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran.

Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga.

Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh.

Ini bukan soal cinta atau suka.

Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga.

Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia.

Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat.

Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga.

Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing.

Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin.

Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani.

Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan.

Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti.

Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?

Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia.

Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar.

Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu.

Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda.

Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian.

Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.

2 hari je lagi....

2 hari je lagi... hurmmm apa tu? mcm org berdebar-debar nak kawen jer... hehehe.. yelah mmg berdebar-debar pun.. tp tahun lepas lah... kik3....

Tahun lepas, 2 hari sebelum bernikah, aku sempat lg attend mesyuarat pemantauan projek padi di Perlis.... Giler ah.. kalau org lain kompem x g mesyuarat bagai tu... nak wat persiapan... Tp aku ok jer... g jer.. sbb perlis ngan jitra bukan jauh mane pun.. x sampai sejam pun.... Mesyuarat mase tu tamat pada 4hb.. tp aku 2hb ptg tu aku balik dah.... X kan nak tunggu pulak kan.... org dah x sabo nak jd isteri orang... pastu nak berinai lagi... hehehe..

Hari ni, 2 jun 2011... 2 hari sebelum tiba ke anniversary kami yg pertama..... klu dulu sibuk nak fikir tentang persiapan nak kawen... tp skrg aku tgh sibuk nak fikir plan kami utk 4 Jun nnt... hehe... semua tuh dah ade dlm kepala 2-3 bulan lepas lagi.. harap2 semua dapat dilaksanakan sebaik mungkin... Kerana Allah perancang yg terhebat.....

Wednesday, June 1, 2011

MC... duduk di rumah saja.....

Dah 2 hari demam..... MC.... x g mane2 pun... duk rumah saja.... cukup time, makan ubat.. huhu.... bila sesekali demam mmg agak teruk sikit... sbb aku amat jarang sakit... last aku g klinik bulan 7 tahun lepas.... gile lame kan... hampir setahun... Alhamdulillah syukur pada Allah kerana Dia memberikan kesihatan yg baik kepadaku....

Hari ni walaupun kurang sehat, tetap ade keinginan masak.... arini juz masak nasi putih ngan sambal kupang jer..... simple n cepat... bior kuar peluh2 sume makan pedas2 nih.... hehehe...

Di saat macam ni, alangkah bagusnya jika suami ada di sisi... huhu.... xpelah... kerana kerja terpaksa la kami lakukan pengorbanan sikit... nak buat camno kan.... Insyallah berkat doa suatu hari nnt dapat la kami duk sekali....

Suami pun 24/7 kol tanya keadaanku... risau agaknya.... I love u hubby.....