Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 2

ASSALAMUALAIKUM semua..

Utk entry kali ini, cik yana nak story sket pasal persiapan perkahwinan yg terbaru. Baru2 ni cik yana n en.tunang keluar bersama2..tempat yg dituju ialah jusco bandar perda..mcm biasalah, setiap kali jumpa mesti kami akan makan dulu..then kami pun pakat nak cari kasut utk hantaran..tp bukan kasut utk cik yana, kasut en.tunang lah sbb kasut utk cik yana, en.tunang dah belikan awal2 lg..tp pas ronda jer 1 jusco, sepasang kasut pun x dpt..huhuhu..yg berkenan di hati pulak x der saiz...terpaksalah cari kat tempat lain lak pasni..

utk hari bersejarah kami, kami plan 9 berbalas 11 dulang..Dulang2 tu pulak. cik yana dah siap dah hias cantek2..saje buat awal2..senang..hehehe...

Skrg ni pulak cik yana tgh sibuk menulis nama2 tetamu yg cik yana nak jemput pd kad jemputan..yg jauh tu tu cik yana akan pos..tetamu aka kawan2 yg cik yana nak jemput tu merangkumi kenalan dr sekolah tadika kemas kg seri jaya (jb), SK Kg Pasir (jb), SMK (P) Sultan Ibrahim (jb), Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Malaysia Terengganu, kawan mase bekerje di UPM, kawan sekerja MARDI dan x lupa sesiapa saje la yg kenal cik yana...nnt cik yana akan upload jugak kad kat fesbuk..

Yang paling best, kami jugak sdg sibuk mencari destinasi bulan madu kami nnt..ekekeke.. ::malu::

okeylah..sampai di cni saja entry kali ni..nnt cik yana akan update lg...

Sunday, April 25, 2010

Selamat Hari Jadi Abah

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Baru-baru ni, 15 April merupakan ulangtahun kelahiran abah cik yana yg ke-49 (muda lg beb!)..tp minggu ni jer kami sempat meraikannya 1 family..so, hari jumaat lepas cik yana belikan abah sebiji kek chocolate blueberry utk santapan kami..walaupun lewat 2 minggu dr tarikh sebenar, cik yana puas tgk abah gembira..
Kakak syg abah sgt2...mmuahhh....



Friday, April 16, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 1

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Dah lama Cik Yana x update cerita terbaru..Cik Yana baru blk dr outstation di Serdang..ala..pi pun sat ja...pi rabu blk khamis..dlm perjalanan balik tu singgah ler di Jalan Pudu..ape lagik..mestilah amik kad kawen yang ditempah sebelum tu kan..pastuh Cik Yana tambah tempahan..Cik Yana n Encik Tunang berpakat nak wat bunting n banner lak..kebetulan company kat tempat cik yana tempah tu wat promotion..cik yana tempah 1 banner n 1 bunting..kos nye cuma rm100..so, mase amik tempahan kad kawen tu berpeluh2 gak ler nak membayarnye..tp xper la..mmg ade dlm budget pun..hehehehe...kad kawen tu insyallah cik yana akan edarkan kepada kawan2 sebulan sebelum tarikh perkahwinan kami..yelah..nnt bg awal sgt pun org lupe pulak..ekekekeke...

persiapan lain2 pulak, cik yana dah tempah la serba sedikit door gift utk tetamu..ada yg cik yana tempah dr balik pulau..ada yg dari bukit merah..ada yg cik yana beli kat padang besar..dan ada jugak yg cik yana x beli lagi..paper beg utk door gift pulak cik yana dah beli bulan lepas...sebenarnya cik yana x ada masa sgt nak membeli barang2..sibuk dgn kerja..hari jumaat n sabtu sahaja cik yana berkesempatan nak wat persiapan..

untk hantaran kepada pihak lelaki pulak, cik yana akan membalas sebanyak 11 dulang..masa tunang dulu cik yana dah berbalas 9 dulang..so utk kawen ni pulak up lg 2 dulang..heheh..cik yana setakat ni dah beli dah la sket2 utk diberi kepada encik tunang @ bakal suami tersyg..nnt hujung minggu ni nak cari brg lg..

okkeyy...cik yana akan bercerita lagi utk post akan dtg..
bye!~

Wednesday, April 7, 2010

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


ASSALAMUALAIKUM u ols..

just nak berkongsi..jom baca sampai habis..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


**www.iLuvislam.com

Monday, April 5, 2010

cupcakes n fondant cakes

Assalamualaikum u ols..

cik yana tgh pening kepala ni nak cari cup cakes n fondant cake utk dibuat hantaran dan jugak utk upacara potong kek nnt..hmm...semua nye cantek2..i likeee~
cik yana ingat nak cari area yg dekat2 ngan umah jek..senang nak pick up nnt..hehehe..tata...

Friday, April 2, 2010

thanks encik tunang..


hai semua...

berjumpa lg kita...mlm td cik yana dating dgn encik tunang...ala...kat jusco perda jer..hehehe...memula jumpe perut lapar terus ktorg mkn claypot rice..xlah best pun..masin ada la...kakakakaka....pastuh apa lg..meround la kami 1 bangunan tu...cik yana pun menunaikan hasrat dan niat hati ini dengan menghadiahkan encik tunang kasut footsal idaman hati sempena hari lahirnya yg ke-25 baru2 ini...jalan2 lg..ohh..encik tunang kata, "jom cari kasut hantaran yana"...cik yana pun jommmm....pilih punya pilih (sejam lebih tuh pilih), dpt la yg berkenan..maka encik tunang pun membayar la di kaunter..terima kasih encik tunang, pehh mahal...appreciate it...

Thursday, April 1, 2010

1st day as a blogger..

Assalamualaikum wbt..

Wahh..rase teruja pulak menulis di blog sendiri buat pertama kalinya...sebenarnye dah lama cik yana nak menulis, tp x berkesempatan dek kesibukan kerja dan lain2..tp hari ni atas dorongan seorg rakan baik, terus cik yana bersemangat..hehhehe...(thanks cik fida)..byk bende cik yana nak kongsikan tp utk hari pertama cukuplah entry ni jer dulu...

oh yer..mlm ni plan nak keluar dgn encik tunang..cadangnye nak membeli barang persiapan utk perkahwinan kami x lame lg..i can't wait to see u tonight darling...cewahhh....