Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Tak Sihat..

Assalam uols!

Hmmmm... hari ni aku x sehat... demam, pening, sakit tekak, selsema.... mungkin disebabkan faktor cuaca yg x menentu kot.. aku pulak kurang minum air kosong..

Tadi masa waktu rehat, aku sempat g klinik.... Bila doc check, rupa2nya tonsil aku bengkak n sgt laaa merah... tu kate die la... aku x tgk pun lg,.... kik3...

Dapat 5 jenis ubat... Antibiotik, ubat demam, ubat batuk, ubat selsema n ape ek... lupe la plak.. adehhhhh..... n MC sehari... tu pun utk esok.... hari ni aku x dpt MC sbb dgn jujurnya aku bgtau doc yg aku pg td dah pi keja n doc pun kata rugi MC arini, baik saya bg u MC esok jer... huhu.. xpelahhh... x kesah... janji aku kembali sihat....

Ok lah... jumpa lagi...

Nota kaki: Sebenarnya byk benda aku nak kongsikan... tp nnt lah.. ade mase, insyallah....

Saturday, May 28, 2011

Free gift from kawan lama.. wristlet yg cantik menarik..


Haaaaaa.... ni lah free gift yg aku maksudkan tu.... Sebenarnya aku ade beli trial pack Shaklee drpd Cikgu Mely... yg paling best kalau beli kat cikgu mely, kite akan dapat free gift... meh ramai2 beli ngan cikgu mely.. untung tau.. wristlet tu aku ngada2 suh cikgu mely buh nama aku.. TQ cikgu... menyusahkan kamu lak... Kemas n halus je jahitan cikgu... tabik la kat cikgu sbb dgn anak kecik seramai 3 org, beliau sempat menjahit n membaking.. aku yg x de anak sorang pun, selalu x dak masa.... kui3... beliau telah ku kenali sejak di bangku sekolah menengah lagi....

Lepas ni boleh la aku guna wrislet ni time nak kuar lunch tengahhari... muat utk letak beg duit n henpon... Appreciate it... TQ cikgu mely....

Friday, May 27, 2011

Boling padang dan congkak

Boling padang dan congkak... agak2 ape kaitan dan persamaan mengenai perkara ini ek???

Haha.. jawapannya, dua2 aku main utk sukan dwi-tahunan hujung bulan depan....

Untuk boling padang, bg aku permainan ni menyeronokkan... pertama kali bagi aku gak... walaupun nampak simple je, tapi tetap kuarkan peluh.. kene ade skill utk golekkan bola tu ke target ataupun tolak lawan ke kawasan yg lebih jauh...

Semasa sesi latihan


Congkak lak, mase sesi pemilihan tu aku rasa mcm aku bernasib baik jer kot.. ye laaa, lawan ngan otai2.. tetibe aku lak yg menang... mungkin nasib n kebetulan... permainan ni memang aku suka dr kecik.. dulu selalu men ngan adik2, kawan n mak abah... sampai sekarang congkat tu masih ade kat uma aku... main sekali sekala memang meriah...

Ni masa sesi pemilihan



Sukan akan diadakan pada penghujung Jun nnt di UPM... Bestnye, jimat cuti aku.. alang2 tu leh jumpa hubby... hehehhehehehehe

Thursday, May 26, 2011

Siapa Awi Rafael?

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung


Lagu Pulanglah ni menjadi kegilaan ramai sekarang.. Lagi2 tang chorus tuh... termasuklah aku.... sampai buat caller ringtone lak tu.... hehe


Lagu ni bagi aku best ar.... Simple but nice.... :)

Penyanyinya, Awi Rafael. Bukan Awi Raffali yerk... ekekkeke.. Merupakan anak kelahiran Kota Singa. Ade iras2 Shahir AF lak aku tgk die nih...

Awi Rafael... Ade iras2 Shahir AF kan.....

Kenangan seminggu sebelum kawen.. :)


Hari ni 25 Mei 2011... Ini bermakna hanya tinggal seminggu je lagi untuk kami menyambut 1st anniversarry kami.... cepat sungguh masa berlalu......

Aku nak flashback kisah tahun lepas iaitu 2010...

Seminggu menjelangnya tarikh perkahwinan, aku sibuk menyiapkan apa2 yg patut... goodies bag, nak packing barang2 masuk dlm goodies bag, bunga telur, mak andam, baju pengantin ( aku design sendiri ), pelamin, bilik tidur, inai, hantaran, pengapit,kemas rumah, homestay, photographer... wlupun abah sememangnya seorng jurugambar pengantin, tp takkan beliau nak amik gambar anaknye pulak kan,maka dgn itu kawan beliau mengambil alih tempat beliau.. dan banyak lagi lah.... mmg sibuk tp seronok sgt... tp dalam hati tetap terasa berdebar2.. maklumlah nak jadi isteri orang dah.... tp dlm berdebar tu eksaited.. hehehe.. bab makan kenduri n khemah tu abah yg uruskan semua... mak pulak akan sibuk di dapur bersama2 jiran2... adik2 n kawan2 dia pulak uruskan mengenai goodies bag tu utk bg kat tetamu dan jugak tolong packing semua bende yg nak di masukkan kat dalam tu...( cupcake, maruku, kerepek pisang, bunga telur dll )

Yang pastinya. mak n abah la org yg paling gembira sbb nak dapat menantu pertama... hehe... muda2 dah ade menantu....

Wednesday, May 25, 2011

Berseminar...

Semalam (24 Mei 2011)... aku diperintahkan (ayat boleh blahhh) untuk menghadiri Seminar Herba, Khasiat dan Peluang Perniagaan anjuran Jabatan Pertanian.... Sebenarnya fokus diberikan kepada usahawan dan orang awam yg berminat.. dan aku dan 3 rakan setugas hadir semalam sebagai wakil drpd MARDI untuk memberikan sokongan dan memeriahkan majlis juga.... *Wink*



Pada majlis ini, seorang pegawai penyelidik daripada MARDI telah dijemput utk menyampaikan talk beliau mengenai herba...

Antara herba yg dihighlightkan ialah :
* Roselle
* Dukung anak
* Misai Kucing
* Gelenggang
* Serai wangi
* Kunyit
* Hempedu bumi
* Mengkudu
* Mas cotek
* Tongkat ali

Seminar ini pada keseluruhannya banyak memberi info yg berguna dari sudut kesihatan dan kepada usahawan pulak, ia umpama "emas" kerana negara sememangnya memerlukan lebih byk sumber dan ladang yg luas utk tujuan eksport dan perubatan....

Nak masak ape yer..???

yeay.... minggu ni abg datang...
hmmm.... nak masak ape yer...???
banyak sgt idea2 dalam kepala ni... hehehe
asam pedas? soto? nasi ayam? laksa penang?
ade idea x? hehe
yg pastinya.. rindu sgt kat abg..... muahhhh.....





Erkkkkk..... terlebey sudaaaaaaa......

Tuesday, May 24, 2011

Mode : Sedih...

Hari ni aku rase hiba, sayu dan sedih.... Ya, tapi aku tau semua ni sementara saja n ada hikmah yg x ternilai harganya.... Alhamdulillah suami ku sentiasa memberi sokongan kepadaku....


Air mata menceritakan segalanya....


Sayu dan hiba......


berfikiran positif itu penting.... pengubat jiwa....


Insyallah.... Ameennnnn


Smile! Ceria sokmo k.....

Tentang Rindu...

Setiap saat, setiap detik.... aku begitu merindui suami yg tercinta...... Sentiasa di dalam ingatan dan ruangan hatiku.... 24/7
Hampir setahun kami tinggal berjauhan..... Semuanya dek tanggungjawab kami terhadap kerjaya masing2.....


Aku rindu sayang kamu.... I love U my sweetheart....



Insyallah x lama lagi hari2 kita dapat berkepit selalu.. hehehe.. *hugs*

Sunday, May 22, 2011

Tragedi tanah runtuh di Hulu Langat

Amat menyedihkan sekali apabila kejadian tanah runtuh berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa... kejadian itu telah meagut beberapa nyawa anak2 yatim.. Semoga roh mereka dirahmati Allah dan di tempatkan di kalangan org yg beriman.... Al-fatihah....


Di bawah ini merupakan berita yg dipetik dr Berita Harian bertarikh 21/5/2011:


KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis. Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan. Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA

Saturday, May 21, 2011

Tips menghadapi temuduga :)

Setiap hari ade di iklankan jawatan kosong... dan setiap hari jugak beribu2 org mencuba nasib menghadiri temuduga.. tp ramai jugak yg x dapat kerja yg mereka inginkan lagi... kenape ek????

Inilah hasil yg aku perolehi drpd encik google... Mungkin ianya boleh dijadikan sebagai panduan utk korang dan juga utk adikku yg dapat interview lagi... Syabas betey :)


So, inilah tips yg amat berguna dan boleh diaplikasikan kat diri korang:


•Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.

•Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).

•Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)

2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.

3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.


•Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…

•Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.

•Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.

•Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.

•Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…

•Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidak off-topic.

•Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.

•Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.

•Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga


** GOOD LUCK!! **

Taraaaaaaaaa... My new header.... :)

Hollaaaaaaa uols!!

Haaaaaaaaa..... cantek x header blog aku yg baru nie????

Cer komen cer komen......

Sekali sekali bagus jugak kite mempelbagaikan header blog... betoi x????


Sekali lg aku nak ucapkan TQ very much to MIZZ EKIN atas kesudian beliau utk membuat header ni utk aku..... Mizz ekin yg aku aku kenali sejak beliau dlm kandungan ibunye lagi... sbb mase aku kenal die, aku umo 6 tahun n menjadi jiran beliau.. mase tu mak beliau sdg mengandungkan beliau dan mase lahir, berat berat beliau ialah 2.4kg... hehehehehe......


Mode : Riang gumbira...

Friday, May 20, 2011

Test-run machine cracker..

Assalam dears,

2-3 bulan ni mmg sibuk ngan machine crackers.... buat test-run, itu ini... masih ade yg x kene...
Melibatkan byk bahagian utk menjayakan misi ini..... tp hari ini, Alhamdulillah hampir perfect...


Crackers ini akan menemui anda semua di Test-bed MARDI... Apa itu Test-bed yer??? Test-bed ni merupakan makmal pemprosesan yang lengkap dgn mesin, peralatan dan kemudahan berskala kecil bagi jenis produk makanan terpilih. Sistem ini bertujuan utk meningkatkan kejayaan usahawan IKS dalam pengeluaran produk makanan melalui teknologi terkini....

Sekian....

Thursday, May 19, 2011

Mr Heart Beat

Opssssss... jgn salah sangka ngan tajuk entry kali ni yer.... kui3....

Heart Beat ni mcm Nuffnang gak... boleh dapat wang saku gak... tp yg bezanya, Heart Beat ni die iklankan mcm hadiah2 utk yg tersayang... Lebih kurang mcm tu lah... Beza ape yg Nuffnang iklankan... dan kite boleh letak kedua2nya....

Untuk blog aku ni, aku letakkan kat belah atas.... so semua yg baca blog aku kompem akan nampak (eh eh, ade ke yg bace...??).... dan yg penting jangan segan silu klik kat my mr heart beat yer.... hehe...

Ok... sekian... jgn lupe klik yer kawan-kawan... bye....

Bisikan Nurani....

Sejak 2-3 hari ni kami suami isteri suke sgt dgr lagu ni.. bagaikan x jemu2.. Didendangkan oleh kumpulan nasyid In-Team...

Jom layan...

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi


Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru....

Sempena Hari Guru yg disambut semalam (16 Mei)... aku nak ucapkan Selamat hari Guru kepada:

1. Mak dan Abah - terima kasih mak n abah kerana sejak dr lahir lagi mak n abah x jemu2 ajar akak bace selawat nabi, doa, al-fatihah, solat, colouring, numbers, ABC, alif ba ta dan lain2... sehingga skrg pun mak n abah ajar akak mcm2 terutama sekali mengenai kehidupan...

2. Cikgu Tadika Kemas Kg Sri Jaya, JB

3. Cikgu Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir, JB

3. Cikgu Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim, JB

4. Ustaz dan Ustazah Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, JB

5. Pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka

5. Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu


Tidak lupa juga kepada insan2 yg bergelar guru... Jasa kalian mengajar anak murid menerangi lilin kehidupan mereka...

Akhir kata,

"Sesungguhnya jasa kalian mengajar aku, akan ku kenang sehingga akhir hayatku.... Terima kasih guru......"


ni mase aku sekolah tadika... pegang sijil n piala... dapat anugerah pelajar terbaik.. no.1 tuuuuu...ekekeke

Thursday, May 12, 2011

Header baru....

Saksikan kemunculan header blog ku yg terbaru dalam masa yg terdekat nie...

JENG... JENG.... JENG.......

TQ mizz ekin..... kreatip nya kamooo.....


Sape2 yg nak berkenalan ngan beliau leh klik kat nama die yer atau header blog kat atas tu.... Kalau nak mintak die designkan pun boleh.....

Latihan Sukan..

X lama lagi MARDI akan menganjurkan sukan dwi-tahunan.... mungkin akhir jun nnt kot... patutnya awal jun tp dgr kabo terpaksa ditangguhkan atas sebab2 tertentu.... xpo laaa...ikut suke ati lah.... hihi

Aku pun ambillah peluang keemasan ni nak join sukan sekali... manalah tau kalau2 terpilih kan... hehehe.... (mode: ferasan pandai bersukan)

Untuk kali ni aku mempertaruhkan nasib utk menjalani latihan boling padang... first time beb aku pegang bola tu.... rupa2nya susah gak.. yelah....kate baru first time kan... hik3.... dua tahun lepas aku masuk orientoring.. perghhhh mmg penat giler ar men sukan ni... ala2...yang mcm treasure hunt tu.... balik tempat penginapan jer terus melepek x hengat doniaaaaaaaaa.... penat tahap cipan....sakit2 badan toksah cakap la...maklumlah bukan org yg jenis bersukan2 ni...mcm tu la jadinye.... ekekkekekke......

Oh ya, aku pun try jugak nak lawan congkak, tapi peluang tu mcm tipis ja sbb ramai otai2 beb.... hahahha....

Ok lah... ape2 nnt aku update lagi... tatatititutu......

Wednesday, May 11, 2011

Cucur bilis..

Holla uols! Kalau dah rajin tu... sehari boleh wat 2-3 entry.... hehehe.... kalau malas, sampai bersawang lah blog aku ni....

Korang suke x makan cucur bilis? ala...ade yg sebut jemput-jemput bilis tu... Ni antara kudapan ringan kesukaan aku n hubby... Aku nak share ngan korang resepi yg aku selalu wat... yelah, lain org, lain cara... Mungkin ade yg kate, " buat jemput2 pun nak citer ke?'.... suke hati aku lah, ni blog aku..bukan blog ko.... Eh eh.... dah merepek la pulak.....

OK.. ni dia..... ni yg aku wat petang td.... Sedap betul dicicah ngan sos.. kalau ade mayonis lg best kan...hihi... pastu minum teh o panas... perghhhhh....


Ni resepi cara aku:

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung berserbuk penaik (aku guna jenama blue-key)
segenggam ikan bilis yg telah dibersihkan
sebiji bawang besar yg dihiris halus
sebiji kentang dipotong dadu (optional)
secubit garam
air

Cara2:
Mix semua bahan then goreng.. siap!!


Selamat mencuba!! :)

Jalan Sabah - Day 4 (Last Day)

Assalam dears!! Entry kali ni berkisar tentang hari terakhir kami di Sabah (18 April 2011)... Alhamdulillah sepanjang kami di Sabah cuaca amat baik walaupun sebenarnya kami pegi mase musim hujan! Hari pertama tu cuma renyai2 sikit semasa kami dlm perjalanan ke Kundasang. Hari kedua pun sama, hujai renyai mase dlm perjalanan dari Ranau ke KK.. Hari ketiga pulak panas.

OK.. jom layan gambar....



Ni kat blkg pasar filipin... saje tgk bot2 nelayan n tgk org memancing kat tepi2 tu...


Ni kat dlm pasar filipin tu... tgh ushar2 t-shirt sbg cenderamata...

Sempat memborong gelang tangan mutiara.. hehe



di pantai Tanjung Aru..



399.8km... Memang jalan sakan....hihi


Tgh tunggu flight.. Delay la plak....huhu.... kat kotak tu penuh dgn ikan jeruk, ikan keropok, sotong kering, ikan bilis, ikan tamban...hehe
Posing2..hihi


Udang XXXL....beli di pasar...frozenkan kat peti ais hotel..hehe
ni pun sama... ketam lembut... ketam ni x de cengkerang k...



K lah...penat dah..4 entry pasal jalan sabah....hehe... selamat membaca!!






Tuesday, May 10, 2011

Jalan Sabah - Day 3

Assalam dears! Bertemu kita kembali.. hehe. utk entry kali ni aku nak cerite pasal perjalanan hari ketiga (17 April 2011) kami di Sabah yg merupakan sambungan dari hari pertama dan kedua...


Beginilah ceritanya..


Kami tiba di Jesellton Jetty lebih kurang jam 8.30am.. Alhamdulillah cuaca pagi tu amat baik.. Kami memilih Pulau Manukan untuk aktiviti snorkeling. Sebenarnye kite leh memilih 5 pulau.. boleh g salah satu, dua atau semuanya.... Harga tiket bergantung pada jumlah pulau yg kite pergi tu... Untuk ke Pulau Manukan, tambang seorang pergi balik ialah rm17.. x termasuk fees utk ape ntah n fees utk masuk ke Taman Tunku Abd Rahman Pulau Manukan ialah rm3 utk seorang. Sewa gogle utk seorng rm10..


posing2 kat jetty dulu... hehe


Setelah mengharungi ombak badai, maka sampai lah kami ke Pulau Manukan. Perjalanan mengambil masa kia2 20 minit.. Perghh memang adventure la naik bot kat cni....


Ramai betol bersnorkeling kat cni.. airmnya sgt bersih dan jernih...


Boleh nampak ikan2 dgn jelas.... kat cni, kat gigi pantai pun leh nampak ikan... mcm jinak sgt..


Antara pemandangan kat Pulau Manukan..

Yeah, bersiap sedia nak menyelam..

Peace!


Bergambar di jeti sementara menunggu bot...


k...sampai di sini saja utk hari ketiga..

Jalan Sabah - Day 2

Assalam dears!

Utk entry ni, aku nak story mory skit pasal pengalaman kami di Sabah pada hari kedua (16 April 2011).. Jom layanzzzzzzzz.......



Pagi hari kedua kami kat sana, pas sarapan jer terus kami ronda2 di sekitar tempat tinggal kami.. rupa2nya kat bawah bukit tu tersergam ladang sayur yg subur menghijau.. ape yg aku perhatikan, kat sabah ni byk ditanam pokok bawang.. dan aku di fahamkan daun bawang ni antara bahan yg digunakan utk membuat sayur campur ataupun lenih popular dengan "sayur Sabah". kami juga sempat merasa sayur sabah ni ketika berkunjung ke rumah sahabatku di KK. Oh ya, aku sempat posing di ladang sayur yg berlatarbelakangkan gunung kinabalu..


Kami suami isteri yg seronok tgk pemandangan indah ciptaan Yang Maha Esa... dan inilah maksudku pada entry yg lepas apabila menginap di Kinabalu Rose Cabin.... kita akan dapat menyaksikan sendiri gunung kinabalu secara dekat dan jelas.


Setelah puas snap gambo, kami pun bergerak ke Ranau.... tp sempat singgah di kedai tepi jalan yg menjual pelbagai jenis sayur, buah2an, keropok dan macam2 lagi.. kami sempat la membeli buah yg agak pelik dan asing bagi iaitu buah agar2 dan buah epal susuk.


Ni pulak dah sampai dah kat air panas hot spring poring... rumah ni sebenarnya menempatkan jakuzi yg merupakan tempat mandi tertutup. Sejam rm15 jer.. memang berbaloi lah.. selesa... kat dalam tu luas dan disediakan jugak tandas dan tempat mandi...



Inilah ghopenye jakuzi tu...hehe... best!



Ni pulak tempat mandi di kawasan terbuka.



Pas mandi2, kami sempat jungle trekking sejauh kira2 500 meter utk sampai ke air terjun nie... mmg cantik sgt... bersih jer.. jernig airnya... berba;loi2 lah berjungle trekking sambil tercungap2.. kik3



On the way balik tu kami sempat singgah ke Napalus Raflesia Garden.. Memang rezeki kami sbb raflesia sedang mekar.. Kami difahamkan, raflesia hanya mekar selama 7 hari sahaja tetapi utk mekar tu mengambil masa selama 9 bulan...



Sebenarnya utk melihat bunga raflesia tu, kami perlu melalui denai.. macam x percaye je kami mendaki denai dengan viva ni.. siap meredah sungai.. mase nak balik tu kami sempat membasuh kereta di tengah2 sungai... Suatu pengalaman yg sgt best! air sungai yg sgt bersih dan sejuk..


Hari dah petang.. kami ambil keputusan nak kembali ke KK... tp jalan yg kami lalu tu teruk gile... melalui Tambunan.. banyak tanah runtuh.. berpuluh2 hokkey! tp ape2 pun ni semua pengalamn yg sgt berharga... mlm tu kami sampai KK jam 7.15pm.. tp keadaan dah gelap mcm jam 10pm.. hehe... yelor, mase kat cni kan awal sejam....




K lah.. tata......... sila baca entry berikutnya....

Jalan Sabah - Day 1

Assalam Dears!

Flight kami pada hari tu (15 April 2011) ialah jam 10.20 pagi... kami bersiap awal hari tu... kul 7.40 pagi dah terpacak kat rumah pak menakan hubby... pak menakan hubby yg tolong hantarkan kami ke airport.. Sampai airport awal, kami check in terus n pusing2 cari tempat nak sarapan... maka, setelah membuat penilaian, kami memilih Marrybrown sebagai tempat lepak2 n sarapan sementara tunggu boarding time... hehe


K, inilah dia sarapan kami di airport... hubby makan nasi ayam n aku lak makan seafood poridge... lain kali mmg x nak mkn dah seafood poridge ni.. x sedap lor, pedas n berminyak..



Ni pulak lepas lepak n makan... snap picture dulu.. hehe


Ni pulak gambar masa dah nak sampai ke kota kinabalu... dah nampak darat dah... excited lah mase nie... x sabor dah nak pusing Sabah..


Hubby sempat posing berlatarbelakangkan pesawat air-asia.. Sebenarnye tempat ni x ley amik gambo tau... sbb lepas kami je... ade org terus kene warning... kik3...

Mase ni dah sampai Sabah dah.. Tuan kereta dah tunggu kat airport... pastu ape lg, terus lah kami bukak peta Sabah.. Masa ni hubby tgh sibuk tgk jalan nak ke Kundasang... Tgh drive pun sempat lagi belek peta... huhu.. Hari pertama sampai mmg kami dah decide awal2 nak terus ke Kundasang dulu... then hari berikutnye baru kat KK.. Perjalanan kami ke Kundasang mengambil masa hanya 2 jam.. mmg cantik la pemandangan menuju ke kundasang... suasana yg berbukit-bukau dan lembah2 yg menarik dan hijau....


Inilah dia tempat penginapan kami di Kundansang.. Kinabalu Rose Cabin... Kami pilih bilik yang menghadap Gunung Kinabalu.... Memang terbaik la tempat ni... Nnt aku akan cerita kat en3 seterusnya why tempat ni terbaik... Bilik yg ktorg pilih ni rm156.60.. tp kalau nak bilik yg x menghadap gunung murah cikit la.. dlm rm130++ kalau x silap.... Oh ya, cuaca kat kundasang ni nyaman sgt... mcm kat cameron highlands.. kat bilik pun mmg xde aircond.. mmg sejuk yang amat... air paip dah mcm ais...



Water heater kat hotel mmg menggempakkan aku pada mulanye... hahahha.... ye ar, bukak je air nak mandi, pastu kuar api... rupe2nye mmg camtu.. hihi... style lah!


Malam tu kami kelaparan... pusing2 pekan Kundasang yg kecik tu.... then ternampak la Nabalu Restaurant.... sedap2 gak makanan kat restoren ni.... pastu aku order la minuman ni... seperti gambar di atas ni... nampak mcm best je kan... haha.... tempat sejuk2 mmg la sedap minum hot chocolate.. yg penting mmg sedap ar.....



ok.. kita sambung untuk en3 seterusnya....