Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

Sejadah Yang Boleh Bercahaya

*Dipetik dr sebuah laman web..

Sajadah yang boleh menyala ini adalah salah satu contoh teknologi yang dikembangkan untuk membantu kita dalam menjalankan ibadah dengan baik.mungkin diantara kita pernah mengalami ketika menginap di hotel,namun keliru dalam menentukan kiblat ketika ingin sembahyang di hotel tersebut.jadi kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada 'Soner Ozenc',sebuah perusahaan berasal dari Turki.

Dimana syarikat tersebut telah menciptakan sajadah yang sangat istimewa.Apa keistimewaan sajadah tersebut?.sajadah tersebut mampu mengeluarkan cahaya dan akan semakin terang apabila arah sajadah tersebut menghadap ke kiblat (mekah).semakin betul arah kiblat,maka semakin teranglah sajadah tersebut.sajadah ini betul-betul istimewa kerana sangat membantu kita yang keliru dalam menentukan arah kiblat ketika saat akan beribadah.

Monday, December 27, 2010

Mandi-manda

Baru-baru ni aku, cik abg, MIL n 2 SIL pergi mandi manda di air terjun kote tinggi yang terletak di kote tinggi johor... Memula tu aku n abg saje je blk kluang n kebetulan pulak ade sepupu kawen di batu pahat.. tetibe jer abg decide nak g air terjun n kami pun pi la...x la jauh sgt dr rumah, dlm sejam lebih sikit je...

Kali terakhir aku g air terjun kote tinggi ni mase aku n family duk di jb n mase tu pun aku rase aku sekolah rendah lg..tp skrg keadaan dah berubah..nak masuk kene bayar..mahal pulak tu..dewasa rm7.50 n kanak2 lak rm3.50..parking kereta rm3.00 n kamera rm5.00..gile kan.... tempat ni pun aku rase mcm dah x luas mcm dulu.. mcm dah kecik n sempit.. manusia pun ramai gile...susah nak cari tempat yg sesuai nak berendam..tp akhirnye dpt gak la kami berasa duk di bawah pancuran air terjun yg kuat tu...hehe..yelah, bayar masuk mahal beb... tempat ni ade gak la gelungsur yg ala2 taman tema air..ade 2 tp langsung x mencabar... tp aku rase bayaran tu still x munasabah...

Tp x pe la, yg penting masa yg aku ade terluang bersama-sama org yg aku syg...hehe


**Gambar akan di upload kemudian sbb x bawak wire transfer..bluetooth lak problem..

Friday, December 24, 2010

Jalan-jalan...

Hai semua!

Baru-baru ni aku ikut mak, abah n adik2 jalan kat penang.. minggu tu x balik jumpa hubby sbb kami baru jer jumpa... so pada hari tu family aku dtg dr jitra then amik aku kat bertam then kami terus seberang jambatan pulau pinang... tempat pertama yg kami pi ialah ke tapak tapak pesta..pesta skrg dah x bape best berbanding mase aku kecik2 dulu... mlm tu kami tido di rumah adik angkat abah di balik pulau... dia dah kawen n ade sorang anak lelaki yg comel n bijak.. esoknya, kami ke kebun bunga n kat ctu ade pesta bunga..tp kami x beli ape2 pun, juz cuci mate jer..lepas cuci mate jer kami naik train mengelilingi kebun... kebun bunga ni bg mak n abah sgt lah nostalgia sbb ni la tempat 1st dating diorang..hehehe....pas selesai semua kami makan2 n terus gerak balik ke rumah tok...sekian...

Atas train..adik aku tersgt gedik nak naik bende alah ni...hehe

Tuesday, December 21, 2010

Gadis Cantik Menawan


Cube teka berapakah umur gadis di atas? hehe... oklah..x yah lah teka-teka... umur nye baru 10 tahun.. dan dia merupakan adik bongsu kesayangan aku yg bernama Nur Alya Irdina.. bijak orangnye dan sering mendapat tempat pertama di sekolah... suka melawa... klu nak beli baju skrg dah x g kat bahagian kanak2 tp mesti g kat bahagian dewasa... dan die jugak ade 1 beg mekap khas.. kalah aku...

Tuesday, November 23, 2010

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan di Jari Manis?


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Sunday, November 21, 2010

Keronsang canteq..

hye u ols...

sapa2 yg minat keronsang yg canteq2 tu bolehlah kontek aku or tgk kat fesbuk aku @ diyanaroslan@yahoo.com.. murah2 jer...



Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha buat semua..

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari raya aidiladha buat kawan2 semua.. tahun ni kami beraya di perlis, di rumah tok..

Sekadar utk berkongsi:

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,

“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”

“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah sekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

Wednesday, November 10, 2010

Our 2nd Honeymoon :)

Lama betol x menulis dlm blog nih...banyak cerita tp xde mood nak menaip..hehe

K lah, kali ni aku nak story pasal 2nd honeymoon kami...Kami pi Pulau Pangkor jer... Pi masa cuti deepavali 5-6 November lepas..

Abg sampai dr kajang jam 5.00am dr kajang..then aku terus amik kat stesen bas butterworth...terus pi R&R Juru utk tido dlm kereta...haha...tdo jap jer, solat subuh n sarapan..kul 8am terus gerak g lumut...

Sampai di jeti Lumut terus book chalet n naik bot kul 10.30am..sampai pangkor terus sewa moto..mahal betoi..depa cekik darah..mentang2 la peak days kan..rm60 utk 1 hari...huhu.... pastuh terus cek in dlm kul 12tghari....kami duk chalet pangkor holiday resort kat pantai pasir bogak...Best sgt tempat ni..cantik, bersih n privacy..

ptg tu pulak kami juz ronda2 sekitar pantai pasir bogak, teluk nipah n mengelilingi pulau..siap masuk kampung org lg...ekekekeke....

pas ronda2 kami blk ke chalet..ape lg, terus berendam dlm swimming pool...hehhee... sejam berendam pun rasa x puas...terase jakun pulaks...kui3...

Mlm tu pulak, kami kuar jalan2 cari mkn...kami order ketam masak cili, tomyam campur n kerang bakar...tp last2 kami x jd mkn kat restoran tu, tapau jer mkn kat chalet sbb hujan sudah turunnnnnnnnn.....

esoknye pulak, pagi2 kul 9 berendam lg dlm swimming pool...sekejap jer..dlm setengah jam pastuh naik...hehe..ni bukannye ape, chalet bayar mahal, klu x berendam rugi ler...kui3...pastuh kami terus jer bersiap2 nak cek out...then terus ke jeti pulangkan blk moto sewa tu....terus naik bot kul 12.00 menuju ke jeti Lumut..

dah sampai lumut, makan2 dulu..pastuh g beli sotong kering, ikan tenggiri masin n mcm2 la..haha..kat cni lg murah..kat pangkor tu mahal lg...

pastuh ape lg, blk la kami semula ke penang..otw balik tu sempat singgap jom heboh kat batu kawan lagik....

Sekian.... :)

---> Sila jamu mata...



Friday, October 15, 2010

2 tahun sudah berlalu...

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Allah SWT...dengan izinNya hari ini genap 2 tahun aku berkhidmat di MARDI...Apa yg aku harapkan semoga perjalanan kerjayaku ini di beri jalan yg mudah agar senang aku harungi semua cabaran..aku juga sentiasa berdoa agar aku dapat bertukar ke MARDI Serdang secepat yg mungkin utk bersama2 dgn suami tersayang... Yelah, skrg ni kami duk berjauhan..agak sukar bagiku kerana setiap minggu terpaksa berulang-alik dr penang-bangi dengan bas express..letih x terkata..nak bawak kereta pulak budget nnt lari setiap bulan...apa2 pun aku berdoa agar hidup kami sentiasa dilindunya dan diberkati Allah SWT serta hasratku bertukar ke Serdang dimakbulkan.. Ameennn...

Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran Buat Semua

Raya raya raya!!!!

Nampaknya hari raya bakal menjelang tidak lama lagi dan dijangka umat Islam akan meraikannya pada 10 September 2010..

Dan pada aku..raya kali ini amat bermakna kerana inilah kali pertama kami beraya sebagai suami isteri...kami tinggal berjauhan dan sudah pasti aku amat ternanti-nantikan kepulangan suami tersayang pulang menyambut raya bersama-sama... raya pertama kami akan disambut di rumah atok aku di bandar baharu, kedah..kemudian kami akan balik ke kluang, johor pada hari raya ke 3 atau ke 4..johor raya sebulan beb..haha..

Baju raya? raya ni kami sepakat memakai baju yg sedondon...hehe..barulah meriah! duit raya utk kanak2 pulak encik suami yg sediakan.. kuih raya pulak aku beli jek.. mungkin tahun depan akan buat... --->tu pun klu rajin

oklah...aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin..bye~

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan buat semua..

Assalamualaikum...

Hai lama sungguh blog aku di x di updated.. amat la bersawang...bukan ape, x der masalah....huhuhu...

Sekarang ni dah masuk dah pun bulan Ramadhan...Ramadhan pertama aku sebagai seorang isteri..bangun sahur kul 4.45 am..hik3...waktu berbuka posa kat penang pulak kul 7.34pm....aduyai lambat betul....

Aku dan suami aku pulak skrg dah start PJJ...sedey sgt...tp nak wat camna kan...terpaksa sabar n redha je lah...insyallah aku akan mintak tukar ke serdang walau apa cara sekalipun...huhuh...yelah isteri kan wajib berada di samping suami...syurga terletak di bawah telapak kaki suami...

Cerita pasal PJJ, aku skrg ni mmg menjadi peminat setia laman web Air Asia...sentiasa menyemak harga2 tiket untuk ke KL...kalau MAS, aku x mampu...seb baik ade Air Asia...haha...baru2 ni aku baru jer booking tix ke KL pada 26 August..Maybe aku akan berada kat sana sehingga 31 August..sebolehnya aku ingin berada selama yg mungkin bersama suami tercinta...

Untuk tarikh b4 26 Aug pulak, maybe aku juz ke KL dgn menaiki bas express jer... xper lah, janji aku dapat jumpa suami aku...dalam hal ni, aku yg kena berkorban lebih sikit sbb aku jer yg curi pada sabtu n ahad..suami pulak juz cuti ahad...

ok..pasal raya pulak..ni raya pertama kami sebagai suami isteri...gembira sgt2..rasa excited semua ada..kami dah decide akan beraya di kampung aku dulu..iaitu di rumah atok di bandar baharu, kedah..then raya ketiga kami akan balik ke kluang, johor..
Baju raya kami dah ada dah..dah prepare awal2 lg..senang, x yah nak pikir dah...

oklah setakat di sini saja...insyallah next time akan cuba untuk update sekerap yg boleh...bye~

Wednesday, July 21, 2010

Pening...

Assalamualaikum...

Rasanya sudah terlalu lama x update blog ni...Sejak akhir2 ni kerja telah menghantui hidup ini..tp bukan aku mengejar kerja tp kerja yg mengejar aku... Minggu ni 23-25 Julai aku terpaksa outstation ke KB, Kelantan kerana ada mesyuarat teknikal... 27-28 Julai pulak Ekspo Teknologi Padi dan aku menjadi jawatankuasa dlm byk perkara.. Segala2nya terpaksa diuruskan dan disetelkan serentak utk mesyuarat di KB dan Ekspo yang bakal diadakan tak lama lg...huhuhu... Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan kerjaku...Ameen Ya Allah...

Monday, June 28, 2010

Cerita baru..

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak cerita sikit kisah aku..siapalah aku kan?? hanya insan biasa..tp oleh kerana ni blog aku..maka suka hati akulaaaaaa....hahaha...

Seperti biasa rutin harianku selepas menjadi isteri org ni..pagi2 bangun siapkan sarapan, gosok baju, g kerja, balik kerja pulak masak utk mkn malam kami... tp minggu lepas lain sikit..aku kena kerja 7 hari seminggu..aku menjadi wakil MARDI Penang ke Seminar Tanaman Cendawan 2010 anjuran Jabatan Pertanian dan Koperasi Pengusaha Cendawan Pulau Pinang pd sabtu dan ahad (26 & 27 Jun) di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas...tp apa2 pun oleh kerana aku ni "hantu" cendawan, maka aku suka sgt ke seminar ini..menakjubkan aku x mengantuk langsung! dan momen yg paling best apabila mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir secara mengejut meluangkan sedikit masa untuk memberikan semangat kepada peserta2 seminar iaitu pengusaha cendawan utk memajukan apa yg mereka ada skrg. Kebetulan pulak di bilik sebelah berlangsungnya perjumpaan puteri UMNO.


Mantan PM, Pak Lah bersama-sama dgn Adun Pinang Tunggal, Dato' Roslan Saidin

Semasa entry ni ditulis pulak sebenarnye aku tgh ngantuk yg amat..mlm td meronda 1 island ngan en.hubby..siap g feringghi night market..bukannye memborong sgt pun...cume beli DVD Heroes season 4 cetak rompak (hehe) dapat free 1 DVD ngan sandal crocs tiruan...haha...Kul 1.00 am baru sampai rumah...

Oklah..bye..

Thursday, June 17, 2010

Alhamdulillah di atas semua rahmat-Nya..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allat SWT...dengan sekali lafaz diriku kini sah bergelar seorang isteri kepada Mohd Alif Bin Hailan...Oleh itu, bermula 4 Jun 2010 maka secara otomatiknya aku sudah bergelar Puan Nur Diyana..ekekkekeke...dan panggilannya aku di blog ini juga sudah berubah dr cik yana kpd "aku".."aku" lebih sesuai kot..haha..

Di sini, aku ceritakan sedikit knonologi mengenai perjalanan majlis yg penuh bersejarah bagi aku dan suami tersayang :

4 jun : Selesai saja nikah iaitu kira-kira jam 10.45am di Masjid A'ala, Jitra..majlis diteruskan dgn pemberian mas kawen dan upacara membatalkan air sembahyang dgn suamiku memakaikan aku seutas rantai tangan emas..dikucupnya juga dahi dan pipiku... aku pulak malu-malu meowww..ahaks...kemudian, diteruskan pula dgn sesi bergambar bersama2 ahli keluarga dan saudara-mara..selesai semuanya, kami bergerak pulang ke rumah utk jamuan tghhari...

5 jun : Hari ni merupakan majlis resepsi di rumahku..Alhamdulillah ramai tetamu yg hadir..ku lihat raut wajah kegembiraan di wajah org tua ku melayani semua tetamu jemputan dan di muka mereka tidak lekang drpd senyuman..jam 2 ptg...rombongan pengantin lelaki tiba sambil membawa 9 dulang hantaran..pastuh apa lagi, amik gambar la byk2..posing2 atas pelamin...haha...kemudian diteruskan pulak ngan makan beradap n potong kek 2 tingkat..hehe...pastuh posing lg...dlm bilik pulak..sehingga malam, ada lg tetamu yg hadir ke rumahku..alhamdulillah rezeki kami agaknya, byk hadiah yg kami terima...terima kasih semua..mlm tu jugak, aku dan suami buka hadiah..suke sgt...haha..

6 jun : Hari ni pulak sesi utk ambil gambar outdoor..kami telah memilih lokasi tasik melati, perlis utk sesi bergambar n menggedik..ekekkeke...suasana kat cni cantik n masa kami outdoor di ctu pun ada 2-3 pasangan pengantin lain yg turut ambil gambar outdoor...


7-9 jun : Yeahh...inilah masa yg kami nanti2kan...HONEYMOON...kami memilih pulau langkawi pulau lagenda sebagai lokasi bulan mandu kami...jimat kos...ekekeke..mungkin bg sesetengah org menganggap kami "terlalu cepat", "x sabar" dan sebagainya, tp bg kami, ini sajalah masa yg kami ada kerana kami masing2 sibuk dgn urusan kerja dan x tahu bila pula masanya yg kami ada utk bercuti pjg lg..utk tujuan ini, kami telah memilih couple package dr travel agency yg kami dpt hasil dr google di internet..hari pertama (7 june), kami hanya meronda2 di sekitar pulau n sempat juga kami melawat MARDI Langkawi...MARDI Langkawi merupakan tempat perlancongan yg menyediakan kemudahan trem utk melawat dusun buah-buahan..nak masuk kene bayar RM15 beb..oleh kerana aku staf MARDI, maka free la jawapannya..haha..esoknya (8 jun), pagi2 lg kami dah bersiap2 utk island hopping..naik bot laju..dlm bot laju tu selain kami ade sepasang lg couple lain..destinasi pertama ialah ke pulau singa besar utk eagle feeding..ada 2 jenis eagle kat cni..then kami ke pulau beras basah..cantek betul pulau ni..airnya jernih, pasirnya pulak putih, halus dan gebu..kami spend 1 jam kat cni...then, pakcik bot tu amik kami n teruskan perjalanan ke tasik dyg bunting...kat cni kami spend 1 jam jugak..sebelum sampai ke tasik tu..kene naik turun tangga dulu dlm 10 minit..huhu..penat gile..tp penat tu hilang sebaik saja kami berendam kat dlm tasek..kedalaman tasek ni kira 14m..so utk langkah keselamatan, kami memakai life jacket...maka terapung2lah kami..haha...selesai semua..kami naik bot pulang ke jeti..ptg tu kami ke beras terbakar..sempat meangabadikan gambar kami di piring dan kemudian shopping kain batik, minyak gamat dan kain pelekat..mlm tu pulak kami dinner kat fish farm restaurant..mahal x hengat dunia...huhu..sblum balik ke hotel, kami singgah di haji ismail grup utk shopping coklat utk di bawa pulang..last day kami di langkawi (9 jun), kami pergi ke telaga tujuh...kat cni lg penat drpd mendaki tangga di dyg bunting...tercungap2 aku daki bukit utk ke destinasi..suamiku pulak relax jer..tp rase tercungap2 tu berbaloi2 apabila melihat air terjun yg sgt cantik..subhanallah..indahnya ciptaan-Mu Ya Allah..kemudian kami naik cable car...perghh tinggi gile..ade makcik yg 1 gondola ngan aku tu terjerit2...gayat katanya...pemandangan dr cable car ni amat cantik, menampakkan seluruh langkawi dan pulau2 disekelilingnya..aku rasa teruja dgn pemandangan dr puncak gunung mat cincang n gunung raya ni...selesai semua..kami berangkat ke jeti dan bersedia utk pulang...

12 jun : Majlis resepsi di sebelah suamiku pula iaitu di kluang, johor..Alhamdulilah majlis kat cni pun tidak kurang hebatnya..ramai tetamu yg hadir...rombongan aku iaitu family aku dan sedara-mara serta sahabat2 sebyk 8 buah kereta tiba kira2 jam 12 tghhari dan berehat dulu di rumah penanggah...tepat jam 2 kami berarak ke rumah pengantin lelaki diiringi paluan kompang..kami juga disambut dgn silat..pastuh mcm biasalah, bersanding, mkn beradap, potong kek..esoknya (13 jun), apa lagi basuh periuk la kami laki bini...8 biji periuk n 2 kuali yg besar n berat...perghhh...mmg adat di cni, pengantin kena basuh periuk...haha..ptg tu barulah kami sempat bukak hadiah..alhamdulillah...rezeki..


oklah...dah x larat nak taip...hehehe...harap enjoy bace..bye~ =)

Tuesday, June 1, 2010

3 hari je lagi.. \(^_^)/

ASSALAMUALAIKUM...

hari idah 1 June..maka dgn automatiknya hari bersejarah ku hanya tinggal 3 hari saja lg..apa perasaanku? mestilah berdebar-debar..Hari bersejarah kami tanggal 4 June ini..majlis pernikahan kami bakal berlangsung pada 4 June ini iaitu Jumaat jam 10.30 di Masjid Al-A'ala, Jitra, Kedah Darul Aman...manakala resepsi pula akan berlangsung pada keesokan harinya pad 5 June 2010 di rumahku di Taman Suria 3, Jitra..sehingga blog ini ditulis pun, cik yana masih lg dlm mood "kerja"...huhuhu...cik yana terpaksa menghadiri pemantauan projek di perlis pada 1-4 June..tp cik yana akan menghadiri sehingga 2 jun sahaja...yelah, nak wat kenduri ni byk lg preparationnya yg belum selesai..semua org menginginkan majlis yang sempurna dan berjalan dgn lancar..begitu juga dgn cik yana..bercakap mengenai majlis, setakat ni buah tgn utk tetamu sudah setel, cuma belom dimasukan lg dlm beg jer..utk tujuan itu, ramai yg telah menawarkan bantuan utk packing brg2 tu dlm paket2 yg kecil dan akan dimasukkan ke dalam beg..utk tujuan itu, cik yana telah menyediakan 1000 beg utk para tetamu yg hadir...terima kasih juga kerana ade jiran2 yg sponsor brg utk diletakkan bersama dlm beg2 tersbut..utk brg hantaran krpada pengantin lelaki pulak, cik yana hanya tinggal utk beli buah dan coklat..utk majlis cik yana nnt, cik yana akan mengenakan 3 persalinan di mana 2 drpdnya adalah yg cik yana tempah sendiri...tp x der lah cik yana mengenakan persalinan cina, india, gaun bagai tu...hehe...ok lah...sampai di sini saja..nnt cik yana citer lg..bye!~

Wednesday, May 26, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 3

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Sekejap je masa berlalu...bila dikira-kira, rupa-rupanya tak sampai 2 minggu jer lg cik yana akan bergelar seorang isteri..tarikh keramat semakin menghampiri...
Dan kini sudah tentu cik yana n family semakin sibuk membuat persiapan untuk memastikan semuanya berjalan dgn lancar..Baru-baru ni cik yana ngan mak punyalah semangat kuar cari inai..tp beli inai picit jer..ekekkeke..xper lah..janji merah..kami juga beli bunga pinang, kapur n gambir untuk gubahan sirih junjung..untuk barang2 hantaran, kami byk gubah sendiri jer..ikut kreativiti sendiri..esok (khamis 27 mei), cik yana akan ambil door gift yang ditempah..nasib baik jugak cik yana selalu deal ngan usahawan2, so dapat la murah sikit n boleh pilih nak produk/benda apa sbb usahawan penang ni cik yana yg handle...esok jugak la cik yana last day kerja sebelum melangkah ke alam perkahwinan..perghhh..best giler dapat cuti panjang..yelahh...soal kerja membuatkan cik yana pening..harap2 masa cik yana sdg bercuti xder sapa yg call pasal kerja...ni pun cik yana baru lepas lega sbb berjaya menyiapkan laporan dan slide presentation pemantauan projek yang akan dibentangkan di perlis minggu depan..oh ya, presentation ni akan diadakan selama 4 hari di perlis dr 1-4 jun.. semua stesen MARDI di setiap negeri di seluruh Malaya ni terlibat..cik yana terpaksa menghadiri pemantauan projek ni selama 2 hari jer..2hb jun cik yana terpaksa pulang sbb ade byk lg hal yg perlu disetelkan di rumah sebelum majlis bermula..
Oklah..sampai di sini sahaja entry kali ni...nnt ade citer baru, cik yana akan story lg k..bye!~

Thursday, May 13, 2010

Kursus Hasilan Rosell

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...baru2 ni pada 11 & 12 Mei, Cik Yana telah berjaya mengendalikan 1 kursus hasilan rosell di tempat kerja cik yana iaitu di MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang..Kursus telah mendapat kerjasama drpd pihak IADA..Kursus ni telah dirancang sejak 5 bulan lepas...Sambutan yg diterima amat menggalakkan..utk kursus ini kami telah mensasarkan usahawan2 yg baru cuba2 menjinakkan diri dlm dunia perniagaan..
di bawah ni, ade gambar2 yg sempat cik yana captured semase kursus sdg berlangsung..Insyallah next year kursus lain pulak..


Wednesday, May 5, 2010

Sebulan lagi..

Assalamualaikum WBT..

Hari ni 4 Mei 2010..maknanya genap sebulan dari skrg status diriku akan berubah dan bakal menjadi isteri kepada sesorang yg amat kukenali sejak 7 tahun yang lalu..ape perasaan ku skrg???? hati ni kdg2 rase x keruan, rase sedih, gembira....rase gembira kerana aku bakal berkahwin dan bakal menerima faedah2 daripadanya...rase sedih pula kerana selepas detik aku diijabkabulkan, ayah n ibuku akan menyerahkan tggjawab mereka mendidik n membimbing aku selama 25 tahun kepada suamiku nnt...Insyallah selepas ni kehidupan aku akan lebih teratur dan lebih bererti lg dengan berkat restu ibu bapa dan Allah SWT..aku juga berazam utk memperbaiki lg diriku dgn sikap yg lebih penyabar, lebih tenang dan belajar byk perkara..

oklaylah..bye..jumpa lagi!~

Thursday, April 29, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 2

ASSALAMUALAIKUM semua..

Utk entry kali ini, cik yana nak story sket pasal persiapan perkahwinan yg terbaru. Baru2 ni cik yana n en.tunang keluar bersama2..tempat yg dituju ialah jusco bandar perda..mcm biasalah, setiap kali jumpa mesti kami akan makan dulu..then kami pun pakat nak cari kasut utk hantaran..tp bukan kasut utk cik yana, kasut en.tunang lah sbb kasut utk cik yana, en.tunang dah belikan awal2 lg..tp pas ronda jer 1 jusco, sepasang kasut pun x dpt..huhuhu..yg berkenan di hati pulak x der saiz...terpaksalah cari kat tempat lain lak pasni..

utk hari bersejarah kami, kami plan 9 berbalas 11 dulang..Dulang2 tu pulak. cik yana dah siap dah hias cantek2..saje buat awal2..senang..hehehe...

Skrg ni pulak cik yana tgh sibuk menulis nama2 tetamu yg cik yana nak jemput pd kad jemputan..yg jauh tu tu cik yana akan pos..tetamu aka kawan2 yg cik yana nak jemput tu merangkumi kenalan dr sekolah tadika kemas kg seri jaya (jb), SK Kg Pasir (jb), SMK (P) Sultan Ibrahim (jb), Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Malaysia Terengganu, kawan mase bekerje di UPM, kawan sekerja MARDI dan x lupa sesiapa saje la yg kenal cik yana...nnt cik yana akan upload jugak kad kat fesbuk..

Yang paling best, kami jugak sdg sibuk mencari destinasi bulan madu kami nnt..ekekeke.. ::malu::

okeylah..sampai di cni saja entry kali ni..nnt cik yana akan update lg...

Sunday, April 25, 2010

Selamat Hari Jadi Abah

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Baru-baru ni, 15 April merupakan ulangtahun kelahiran abah cik yana yg ke-49 (muda lg beb!)..tp minggu ni jer kami sempat meraikannya 1 family..so, hari jumaat lepas cik yana belikan abah sebiji kek chocolate blueberry utk santapan kami..walaupun lewat 2 minggu dr tarikh sebenar, cik yana puas tgk abah gembira..
Kakak syg abah sgt2...mmuahhh....



Friday, April 16, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 1

ASSALAMUALAIKUM WBT...

Dah lama Cik Yana x update cerita terbaru..Cik Yana baru blk dr outstation di Serdang..ala..pi pun sat ja...pi rabu blk khamis..dlm perjalanan balik tu singgah ler di Jalan Pudu..ape lagik..mestilah amik kad kawen yang ditempah sebelum tu kan..pastuh Cik Yana tambah tempahan..Cik Yana n Encik Tunang berpakat nak wat bunting n banner lak..kebetulan company kat tempat cik yana tempah tu wat promotion..cik yana tempah 1 banner n 1 bunting..kos nye cuma rm100..so, mase amik tempahan kad kawen tu berpeluh2 gak ler nak membayarnye..tp xper la..mmg ade dlm budget pun..hehehehe...kad kawen tu insyallah cik yana akan edarkan kepada kawan2 sebulan sebelum tarikh perkahwinan kami..yelah..nnt bg awal sgt pun org lupe pulak..ekekekeke...

persiapan lain2 pulak, cik yana dah tempah la serba sedikit door gift utk tetamu..ada yg cik yana tempah dr balik pulau..ada yg dari bukit merah..ada yg cik yana beli kat padang besar..dan ada jugak yg cik yana x beli lagi..paper beg utk door gift pulak cik yana dah beli bulan lepas...sebenarnya cik yana x ada masa sgt nak membeli barang2..sibuk dgn kerja..hari jumaat n sabtu sahaja cik yana berkesempatan nak wat persiapan..

untk hantaran kepada pihak lelaki pulak, cik yana akan membalas sebanyak 11 dulang..masa tunang dulu cik yana dah berbalas 9 dulang..so utk kawen ni pulak up lg 2 dulang..heheh..cik yana setakat ni dah beli dah la sket2 utk diberi kepada encik tunang @ bakal suami tersyg..nnt hujung minggu ni nak cari brg lg..

okkeyy...cik yana akan bercerita lagi utk post akan dtg..
bye!~

Wednesday, April 7, 2010

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


ASSALAMUALAIKUM u ols..

just nak berkongsi..jom baca sampai habis..

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


**www.iLuvislam.com

Monday, April 5, 2010

cupcakes n fondant cakes

Assalamualaikum u ols..

cik yana tgh pening kepala ni nak cari cup cakes n fondant cake utk dibuat hantaran dan jugak utk upacara potong kek nnt..hmm...semua nye cantek2..i likeee~
cik yana ingat nak cari area yg dekat2 ngan umah jek..senang nak pick up nnt..hehehe..tata...

Friday, April 2, 2010

thanks encik tunang..


hai semua...

berjumpa lg kita...mlm td cik yana dating dgn encik tunang...ala...kat jusco perda jer..hehehe...memula jumpe perut lapar terus ktorg mkn claypot rice..xlah best pun..masin ada la...kakakakaka....pastuh apa lg..meround la kami 1 bangunan tu...cik yana pun menunaikan hasrat dan niat hati ini dengan menghadiahkan encik tunang kasut footsal idaman hati sempena hari lahirnya yg ke-25 baru2 ini...jalan2 lg..ohh..encik tunang kata, "jom cari kasut hantaran yana"...cik yana pun jommmm....pilih punya pilih (sejam lebih tuh pilih), dpt la yg berkenan..maka encik tunang pun membayar la di kaunter..terima kasih encik tunang, pehh mahal...appreciate it...

Thursday, April 1, 2010

1st day as a blogger..

Assalamualaikum wbt..

Wahh..rase teruja pulak menulis di blog sendiri buat pertama kalinya...sebenarnye dah lama cik yana nak menulis, tp x berkesempatan dek kesibukan kerja dan lain2..tp hari ni atas dorongan seorg rakan baik, terus cik yana bersemangat..hehhehe...(thanks cik fida)..byk bende cik yana nak kongsikan tp utk hari pertama cukuplah entry ni jer dulu...

oh yer..mlm ni plan nak keluar dgn encik tunang..cadangnye nak membeli barang persiapan utk perkahwinan kami x lame lg..i can't wait to see u tonight darling...cewahhh....