Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 26, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 3

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Sekejap je masa berlalu...bila dikira-kira, rupa-rupanya tak sampai 2 minggu jer lg cik yana akan bergelar seorang isteri..tarikh keramat semakin menghampiri...
Dan kini sudah tentu cik yana n family semakin sibuk membuat persiapan untuk memastikan semuanya berjalan dgn lancar..Baru-baru ni cik yana ngan mak punyalah semangat kuar cari inai..tp beli inai picit jer..ekekkeke..xper lah..janji merah..kami juga beli bunga pinang, kapur n gambir untuk gubahan sirih junjung..untuk barang2 hantaran, kami byk gubah sendiri jer..ikut kreativiti sendiri..esok (khamis 27 mei), cik yana akan ambil door gift yang ditempah..nasib baik jugak cik yana selalu deal ngan usahawan2, so dapat la murah sikit n boleh pilih nak produk/benda apa sbb usahawan penang ni cik yana yg handle...esok jugak la cik yana last day kerja sebelum melangkah ke alam perkahwinan..perghhh..best giler dapat cuti panjang..yelahh...soal kerja membuatkan cik yana pening..harap2 masa cik yana sdg bercuti xder sapa yg call pasal kerja...ni pun cik yana baru lepas lega sbb berjaya menyiapkan laporan dan slide presentation pemantauan projek yang akan dibentangkan di perlis minggu depan..oh ya, presentation ni akan diadakan selama 4 hari di perlis dr 1-4 jun.. semua stesen MARDI di setiap negeri di seluruh Malaya ni terlibat..cik yana terpaksa menghadiri pemantauan projek ni selama 2 hari jer..2hb jun cik yana terpaksa pulang sbb ade byk lg hal yg perlu disetelkan di rumah sebelum majlis bermula..
Oklah..sampai di sini sahaja entry kali ni...nnt ade citer baru, cik yana akan story lg k..bye!~

No comments:

Post a Comment