Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 9, 2011

Kursus Penanaman (Tut) Sukun

Semalam (7 April), kami 4 org dah beberapa org dr jab.pertanian pergi ke Pulau Aman... Tujuannye bukanlah jalan2 oke...hihi... tp kami telah memberikan kursus kpd penduduk pulau aman mengenai cara2 nak tut pokok sukun... ini kerana pulau aman byk pokok sukun yg telah ditanam sejak berpuluh2 tahun dahulu... mereka juga telah hasilkan produk berupa kerepek sukun sebagai salah 1 produk dr pulau aman ni...

Pulau Aman merupakan sebuah pulau yang kecil di Pulau Pinang dan dekat juga ngan pulau gedung.... Di kenali juga sebagai"Island of Peace"... Sungguh, pulau ni mmg aman dan hijau... sejuk mata memandang.. Menurut sejarah, pelau aman dan pulau gedung dimiliki oleh 2 beradik iaiti Md Saad dan abangnya... Md Saad telah meninggal dunia di usia 99 tahun.

Kat cni popular dgn masakan mee udang... hehe.. sape2 yg nak rase mee udang yg best leh dtg cni naik bot di jeti Bt Kawan rm6 utk pergi balik dan leh mkn di restoran terapung... Antara tempat yg menarik kat cni ialah telaga emas. Telaga yg airnya berasa payau....

Oh ya, baru2 ni drama di TV3 juga ade siarkan drama yg shootingnye kat cni.. iaitu drama Seribu Kali Cinta ( kalau x silap ) lakonan kamal adli, intan ladyana n khiriah....

Jom layan gambar....

Jeti dr Batu Kawan ke Pulau Aman Amali sdg dimulakan Bergambar di pokok sukun yg tertua di Malaysia (dipercayai berusia 121 tahun) Inilah buah sukun yer kawan2... :) Antara chalet di Pulau Aman berharga rm160 utk 1 mlm

Dlm bot.... nak blk daaaaaaaa.....

No comments:

Post a Comment