Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 30, 2011

Sehari sebelum pertunangan adik..

Assalam dears...

Sehari sebelum pertunangan adik...

Kami skrg sibuk mengemas rumah, prepare barang utk masak2.... aku pulak siap amik cuti hari ni untuk menolong mak abah...

Adik aku pulak x dapat balik awal kerana dia baru je dapat keje baru di KL...

Pagi td sempat ke nat tok jalai membeli serba sedikit barang2 utk memasak... dan ke c-mart membeli coklat utk dibuat hantaran....

Oh ya.. nak try buat ciskek ni....hehehehe.... mintak2 la menjadi...klu menjadi boleh la jamu kpd rombongan lelaki... hihi...

k la...tata titi tutu.....

Friday, April 29, 2011

Blog dah bercelaru....

Adoyaiiii... blog aku dah bercelaru...

Yang belah kanan semua dah turun ke bawah... ingatkan guna laptop aku je jadi camtu... rupe2nye bila guna laptop/desktop lain pun sama gak....

Camner nak betulkan balik ek??? huhu.. sapa2 yg tahu boleh ajar x cara2 nak betulkan balik?? x best dah jadinya...susunan dah x menarik...

HELPPPP pleaseeee....!!!!

Sunday, April 24, 2011

Suara Azan..

Untuk entry kali ni.. aku rase terpanggil untuk berkongsi ngan korang semua pasal lirik lagu ni iaitu Suara Azan yg dinyanyikan oleh Fitri Haris... kalau x silap dia ni dulu ahli kumpulan nasyid UNIC...

Sebenarnya aku baru je lepas tgk cerekarama kat TV3.. tajuknye Bila Azan Berkumandang.. cerita yg penuh dengan pengisian dan teladan... lagu ni di pilih sebagai lagu temanya dan terus aku terpaut mendengarnya..

Jom kita sama2 kongsi lirik lagu ni... Lagunye boleh lah di donlod kat 4shared atau mediafire yer kawan2.... Memang best ar....

Telah terdengar suara
Memanggil memuji yang Esa
Menyeru muslimin dan juga muslimat
Untuk segera bersolat

(chorus)

Suara azan
Di langit tinggi
Mengagungkan MU


Puji juga memuja
Allahuakhbar



Oh azan

Mendayu ingatan lima waktu
Panggilan menyembah MU
Tuhan yang satu

Bangun semua
Bingkas segera
Usah berlengah
Lupakan lelah
Majulah

(Chorus)


(Chorus)

Saturday, April 23, 2011

Tips menghilangkan mengantuk di pejabat..

Tips ni aku jumpe semasa menggoogle.... harap dapat di kongsi bersama-sama dan dijadikan sebagai panduan.. hehe


(GAMBAR IHSAN GOOGLE)

• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bucu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika semua ini maih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai)...

Sekian, Terima kasih... :)

Friday, April 22, 2011

Hmmm.... X tau nak cakap apa....

Hai uols!

Setelah berada di Bangi selama 11 hari, tibalah masa utk aku blk ke tempatku untuk menunaikan tggjwb sbg penjawat awam pulak....

Perasaan? Mestilah x best... Boring gilerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

Duk di Bangi best sgt.. 3 hari pertama tu aku outstation... pastu aku sambung cuti 5 hari... kami pi jalan2 ke Sabah selama 4 hari dr 15hb-18hb April.... Part yg ini mmg BEST sgt lah.... hehehehehe... umpama baru pertama kali berbulan madu.. hehehe

Bila kembali ke sini, hati dipagut rasa sayu yg tiada penghujung.... huwaaaaa

Ya Allah... Mudah-mudahan cepat la aku dpt bertukar ke HQ...

Sekian, assalam....

Wednesday, April 20, 2011

Best sangat!!

Assalam uols!

Best? ape yg best tu??

Sebenarnya kami suami isteri baru je balik dari bercuti di Sabah selama 4 hari 3 malam... Memang best lah.. Kiranya ni 3rd honeymoon kami.... hehe.. :)

X rugi bercuti kat Sabah.. banyak tempat menarik... yg paling best ialah kat Kundasang...

Insyallah kalau ade masa n rezeki, kami nak ke Sabah lagi..

Untuk entry yg akan datang, aku akan ceritakan pengalaman kami kat sana... :)

Thursday, April 14, 2011

Kalau dah rajin...

Assalam uols!

Minggu ni aku kat bangi.... outstation n cuti... kalau dah duk berdua ngan hubby tu byk le agendanya... salah satunye ialah masak-masak n makan-makan la... haha...

Makanan2 yg kat bawah ni adalah air tangan aku semalam (12 April)... byk x? hehe.. ok.. jom layan gambar...

Dadih perisa vanila n milo.... best mkn sejuk2... hehe

Karipap sardin... En.hubby kate rugi kalau jual.. inti byk... kik3...

Ikan keli bako.... (abaikan gambar yg x menarik tu... hihi)

Sambal kicap.. marvellous!!! Sayur petola + cendawan tiram.....

Kesimpulannye, kami kenyang.... erkkkk alhamdulillah.....

Saturday, April 9, 2011

Kursus Penanaman (Tut) Sukun

Semalam (7 April), kami 4 org dah beberapa org dr jab.pertanian pergi ke Pulau Aman... Tujuannye bukanlah jalan2 oke...hihi... tp kami telah memberikan kursus kpd penduduk pulau aman mengenai cara2 nak tut pokok sukun... ini kerana pulau aman byk pokok sukun yg telah ditanam sejak berpuluh2 tahun dahulu... mereka juga telah hasilkan produk berupa kerepek sukun sebagai salah 1 produk dr pulau aman ni...

Pulau Aman merupakan sebuah pulau yang kecil di Pulau Pinang dan dekat juga ngan pulau gedung.... Di kenali juga sebagai"Island of Peace"... Sungguh, pulau ni mmg aman dan hijau... sejuk mata memandang.. Menurut sejarah, pelau aman dan pulau gedung dimiliki oleh 2 beradik iaiti Md Saad dan abangnya... Md Saad telah meninggal dunia di usia 99 tahun.

Kat cni popular dgn masakan mee udang... hehe.. sape2 yg nak rase mee udang yg best leh dtg cni naik bot di jeti Bt Kawan rm6 utk pergi balik dan leh mkn di restoran terapung... Antara tempat yg menarik kat cni ialah telaga emas. Telaga yg airnya berasa payau....

Oh ya, baru2 ni drama di TV3 juga ade siarkan drama yg shootingnye kat cni.. iaitu drama Seribu Kali Cinta ( kalau x silap ) lakonan kamal adli, intan ladyana n khiriah....

Jom layan gambar....

Jeti dr Batu Kawan ke Pulau Aman Amali sdg dimulakan Bergambar di pokok sukun yg tertua di Malaysia (dipercayai berusia 121 tahun) Inilah buah sukun yer kawan2... :) Antara chalet di Pulau Aman berharga rm160 utk 1 mlm

Dlm bot.... nak blk daaaaaaaa.....

Friday, April 8, 2011

Bersuka-ria... Hip hip hoorayyy!

Assalam uols! Baru2 ni jumpe cik fida..... riang gumbira bersama beliau.... walaupun hanye di tesco tp best! makan2, borak2 n shopping2.... hehehe....
Kami

air ribena longan..... menghilangkan dahaga!


Kashmir Naan


Close-up sikit..... kenyang betoiiii...roti sgt besar.. tq fida sbb belanje ai makan.... hehe


fida, ai jeles u slim.... :)

Thursday, April 7, 2011

Ikan Oh Ikan..

Hmmmm.....Ikan??? Ikan ape ni??? Adakah ikan guppy aku yg comel2 n cantik2 tu???

Salah!!

Entahlah, sejak akhir2 ni aku asik mimpi tentang ikan dan air.. org tua2 kata kalau kite mimpi ikan dan air, tu tandanya kite bakal mendapat rezeki....

Hmmm... rezeki apakah itu??? X pe... juz wait n see.... hehe

Rezeki tu semuanya datang dari Allah SWT.... Kalau betoi mimpi aku tu benar, Alhamdulillah.. Syukur sgt....

Sebenarnye aku amat mengharapkan "benda" itu.. dan sememangnya aku amat mengharapkan ia menjadi satu kenyataan... Doa je lah yg aku mampu setakat ni...

K lah, tata titi tutu....

Wednesday, April 6, 2011

Jom wat dadih!

Hari minggu di rumah byk aktiviti masak2 dalam kepala hotak aku nie..... hehe.... salah satunya ialah dadih..... tetibe jer rase nak wat dadih sbb hari sebelum tu aku beli dadih kat pasar mlm... murah je pun rm 1 satu tp rase sgtlah kurenggggg... x best langsung.. aku beli dadih susu segar tp mungkin penjual tu campur byk air sgt kot.....

Bahan-bahannye:
1 liter air susu kotak (fresh/low fat/full cream) - aku guna fresh jenama dutch lady
1 cawan gula
sedikit agar2 (dlm 3 gram - sorry lah x timbang)
3 cawan air
1 sudu esen vanila

Cara-cara:
Masak agar2 bersama2 3 cawan air... bila agar2 dah larut, masukkan gula, susu dan esen vanila... kacau dan tunggu hingga mendidih.. pastu masukkan dalam bekas.. sejukkan.... siap!!

Taraaaaaaa...... inilah hasilnye.... Selamat mencuba!!

Saturday, April 2, 2011

Kisah Di Sebalik April Fool

Assalamualaikum WBT.. Pembaca yang dirahmati Allah sekalian...

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama-sama..

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Sumber :iluvislam.com

Friday, April 1, 2011

Terasa Macam Mahu.........

Sejak akhir2 ni aku rasa seperti banyak "benda" yg bersarang kat kepala....

Berserabut!!!

Di tambah pulak dengan kekecewaan aku dengan "sesuatu"....

Maka setelah fikir masak2... aku macam nak amik cuti 2 minggu...

Nak rehatkan badan, hati dan minda... dan berada di sisi suami tersayang 24/7... yessss...itu yg aku mahukan.... Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami... Jarang dapat berada di sisi suami lama2... selalu pada hujung minggu jer...

Arghhhh.... bila la aku nak dapat tukar niiiiiiiiiii????????????????????????

Sabar dan terus sabar....

Opssssssss... entry dah tersasar dah nie...hehehehe

Oklah, yg sebenarnye aku nak cuti 2 minggu.....tu jer.....kui3