Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 28, 2010

Cerita baru..

Assalamualaikum...

Kali ini aku nak cerita sikit kisah aku..siapalah aku kan?? hanya insan biasa..tp oleh kerana ni blog aku..maka suka hati akulaaaaaa....hahaha...

Seperti biasa rutin harianku selepas menjadi isteri org ni..pagi2 bangun siapkan sarapan, gosok baju, g kerja, balik kerja pulak masak utk mkn malam kami... tp minggu lepas lain sikit..aku kena kerja 7 hari seminggu..aku menjadi wakil MARDI Penang ke Seminar Tanaman Cendawan 2010 anjuran Jabatan Pertanian dan Koperasi Pengusaha Cendawan Pulau Pinang pd sabtu dan ahad (26 & 27 Jun) di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas...tp apa2 pun oleh kerana aku ni "hantu" cendawan, maka aku suka sgt ke seminar ini..menakjubkan aku x mengantuk langsung! dan momen yg paling best apabila mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir secara mengejut meluangkan sedikit masa untuk memberikan semangat kepada peserta2 seminar iaitu pengusaha cendawan utk memajukan apa yg mereka ada skrg. Kebetulan pulak di bilik sebelah berlangsungnya perjumpaan puteri UMNO.


Mantan PM, Pak Lah bersama-sama dgn Adun Pinang Tunggal, Dato' Roslan Saidin

Semasa entry ni ditulis pulak sebenarnye aku tgh ngantuk yg amat..mlm td meronda 1 island ngan en.hubby..siap g feringghi night market..bukannye memborong sgt pun...cume beli DVD Heroes season 4 cetak rompak (hehe) dapat free 1 DVD ngan sandal crocs tiruan...haha...Kul 1.00 am baru sampai rumah...

Oklah..bye..

Thursday, June 17, 2010

Alhamdulillah di atas semua rahmat-Nya..

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allat SWT...dengan sekali lafaz diriku kini sah bergelar seorang isteri kepada Mohd Alif Bin Hailan...Oleh itu, bermula 4 Jun 2010 maka secara otomatiknya aku sudah bergelar Puan Nur Diyana..ekekkekeke...dan panggilannya aku di blog ini juga sudah berubah dr cik yana kpd "aku".."aku" lebih sesuai kot..haha..

Di sini, aku ceritakan sedikit knonologi mengenai perjalanan majlis yg penuh bersejarah bagi aku dan suami tersayang :

4 jun : Selesai saja nikah iaitu kira-kira jam 10.45am di Masjid A'ala, Jitra..majlis diteruskan dgn pemberian mas kawen dan upacara membatalkan air sembahyang dgn suamiku memakaikan aku seutas rantai tangan emas..dikucupnya juga dahi dan pipiku... aku pulak malu-malu meowww..ahaks...kemudian, diteruskan pula dgn sesi bergambar bersama2 ahli keluarga dan saudara-mara..selesai semuanya, kami bergerak pulang ke rumah utk jamuan tghhari...

5 jun : Hari ni merupakan majlis resepsi di rumahku..Alhamdulillah ramai tetamu yg hadir..ku lihat raut wajah kegembiraan di wajah org tua ku melayani semua tetamu jemputan dan di muka mereka tidak lekang drpd senyuman..jam 2 ptg...rombongan pengantin lelaki tiba sambil membawa 9 dulang hantaran..pastuh apa lagi, amik gambar la byk2..posing2 atas pelamin...haha...kemudian diteruskan pulak ngan makan beradap n potong kek 2 tingkat..hehe...pastuh posing lg...dlm bilik pulak..sehingga malam, ada lg tetamu yg hadir ke rumahku..alhamdulillah rezeki kami agaknya, byk hadiah yg kami terima...terima kasih semua..mlm tu jugak, aku dan suami buka hadiah..suke sgt...haha..

6 jun : Hari ni pulak sesi utk ambil gambar outdoor..kami telah memilih lokasi tasik melati, perlis utk sesi bergambar n menggedik..ekekkeke...suasana kat cni cantik n masa kami outdoor di ctu pun ada 2-3 pasangan pengantin lain yg turut ambil gambar outdoor...


7-9 jun : Yeahh...inilah masa yg kami nanti2kan...HONEYMOON...kami memilih pulau langkawi pulau lagenda sebagai lokasi bulan mandu kami...jimat kos...ekekeke..mungkin bg sesetengah org menganggap kami "terlalu cepat", "x sabar" dan sebagainya, tp bg kami, ini sajalah masa yg kami ada kerana kami masing2 sibuk dgn urusan kerja dan x tahu bila pula masanya yg kami ada utk bercuti pjg lg..utk tujuan ini, kami telah memilih couple package dr travel agency yg kami dpt hasil dr google di internet..hari pertama (7 june), kami hanya meronda2 di sekitar pulau n sempat juga kami melawat MARDI Langkawi...MARDI Langkawi merupakan tempat perlancongan yg menyediakan kemudahan trem utk melawat dusun buah-buahan..nak masuk kene bayar RM15 beb..oleh kerana aku staf MARDI, maka free la jawapannya..haha..esoknya (8 jun), pagi2 lg kami dah bersiap2 utk island hopping..naik bot laju..dlm bot laju tu selain kami ade sepasang lg couple lain..destinasi pertama ialah ke pulau singa besar utk eagle feeding..ada 2 jenis eagle kat cni..then kami ke pulau beras basah..cantek betul pulau ni..airnya jernih, pasirnya pulak putih, halus dan gebu..kami spend 1 jam kat cni...then, pakcik bot tu amik kami n teruskan perjalanan ke tasik dyg bunting...kat cni kami spend 1 jam jugak..sebelum sampai ke tasik tu..kene naik turun tangga dulu dlm 10 minit..huhu..penat gile..tp penat tu hilang sebaik saja kami berendam kat dlm tasek..kedalaman tasek ni kira 14m..so utk langkah keselamatan, kami memakai life jacket...maka terapung2lah kami..haha...selesai semua..kami naik bot pulang ke jeti..ptg tu kami ke beras terbakar..sempat meangabadikan gambar kami di piring dan kemudian shopping kain batik, minyak gamat dan kain pelekat..mlm tu pulak kami dinner kat fish farm restaurant..mahal x hengat dunia...huhu..sblum balik ke hotel, kami singgah di haji ismail grup utk shopping coklat utk di bawa pulang..last day kami di langkawi (9 jun), kami pergi ke telaga tujuh...kat cni lg penat drpd mendaki tangga di dyg bunting...tercungap2 aku daki bukit utk ke destinasi..suamiku pulak relax jer..tp rase tercungap2 tu berbaloi2 apabila melihat air terjun yg sgt cantik..subhanallah..indahnya ciptaan-Mu Ya Allah..kemudian kami naik cable car...perghh tinggi gile..ade makcik yg 1 gondola ngan aku tu terjerit2...gayat katanya...pemandangan dr cable car ni amat cantik, menampakkan seluruh langkawi dan pulau2 disekelilingnya..aku rasa teruja dgn pemandangan dr puncak gunung mat cincang n gunung raya ni...selesai semua..kami berangkat ke jeti dan bersedia utk pulang...

12 jun : Majlis resepsi di sebelah suamiku pula iaitu di kluang, johor..Alhamdulilah majlis kat cni pun tidak kurang hebatnya..ramai tetamu yg hadir...rombongan aku iaitu family aku dan sedara-mara serta sahabat2 sebyk 8 buah kereta tiba kira2 jam 12 tghhari dan berehat dulu di rumah penanggah...tepat jam 2 kami berarak ke rumah pengantin lelaki diiringi paluan kompang..kami juga disambut dgn silat..pastuh mcm biasalah, bersanding, mkn beradap, potong kek..esoknya (13 jun), apa lagi basuh periuk la kami laki bini...8 biji periuk n 2 kuali yg besar n berat...perghhh...mmg adat di cni, pengantin kena basuh periuk...haha..ptg tu barulah kami sempat bukak hadiah..alhamdulillah...rezeki..


oklah...dah x larat nak taip...hehehe...harap enjoy bace..bye~ =)

Tuesday, June 1, 2010

3 hari je lagi.. \(^_^)/

ASSALAMUALAIKUM...

hari idah 1 June..maka dgn automatiknya hari bersejarah ku hanya tinggal 3 hari saja lg..apa perasaanku? mestilah berdebar-debar..Hari bersejarah kami tanggal 4 June ini..majlis pernikahan kami bakal berlangsung pada 4 June ini iaitu Jumaat jam 10.30 di Masjid Al-A'ala, Jitra, Kedah Darul Aman...manakala resepsi pula akan berlangsung pada keesokan harinya pad 5 June 2010 di rumahku di Taman Suria 3, Jitra..sehingga blog ini ditulis pun, cik yana masih lg dlm mood "kerja"...huhuhu...cik yana terpaksa menghadiri pemantauan projek di perlis pada 1-4 June..tp cik yana akan menghadiri sehingga 2 jun sahaja...yelah, nak wat kenduri ni byk lg preparationnya yg belum selesai..semua org menginginkan majlis yang sempurna dan berjalan dgn lancar..begitu juga dgn cik yana..bercakap mengenai majlis, setakat ni buah tgn utk tetamu sudah setel, cuma belom dimasukan lg dlm beg jer..utk tujuan itu, ramai yg telah menawarkan bantuan utk packing brg2 tu dlm paket2 yg kecil dan akan dimasukkan ke dalam beg..utk tujuan itu, cik yana telah menyediakan 1000 beg utk para tetamu yg hadir...terima kasih juga kerana ade jiran2 yg sponsor brg utk diletakkan bersama dlm beg2 tersbut..utk brg hantaran krpada pengantin lelaki pulak, cik yana hanya tinggal utk beli buah dan coklat..utk majlis cik yana nnt, cik yana akan mengenakan 3 persalinan di mana 2 drpdnya adalah yg cik yana tempah sendiri...tp x der lah cik yana mengenakan persalinan cina, india, gaun bagai tu...hehe...ok lah...sampai di sini saja..nnt cik yana citer lg..bye!~