Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 26, 2010

Persiapan Perkahwinan : Part 3

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Sekejap je masa berlalu...bila dikira-kira, rupa-rupanya tak sampai 2 minggu jer lg cik yana akan bergelar seorang isteri..tarikh keramat semakin menghampiri...
Dan kini sudah tentu cik yana n family semakin sibuk membuat persiapan untuk memastikan semuanya berjalan dgn lancar..Baru-baru ni cik yana ngan mak punyalah semangat kuar cari inai..tp beli inai picit jer..ekekkeke..xper lah..janji merah..kami juga beli bunga pinang, kapur n gambir untuk gubahan sirih junjung..untuk barang2 hantaran, kami byk gubah sendiri jer..ikut kreativiti sendiri..esok (khamis 27 mei), cik yana akan ambil door gift yang ditempah..nasib baik jugak cik yana selalu deal ngan usahawan2, so dapat la murah sikit n boleh pilih nak produk/benda apa sbb usahawan penang ni cik yana yg handle...esok jugak la cik yana last day kerja sebelum melangkah ke alam perkahwinan..perghhh..best giler dapat cuti panjang..yelahh...soal kerja membuatkan cik yana pening..harap2 masa cik yana sdg bercuti xder sapa yg call pasal kerja...ni pun cik yana baru lepas lega sbb berjaya menyiapkan laporan dan slide presentation pemantauan projek yang akan dibentangkan di perlis minggu depan..oh ya, presentation ni akan diadakan selama 4 hari di perlis dr 1-4 jun.. semua stesen MARDI di setiap negeri di seluruh Malaya ni terlibat..cik yana terpaksa menghadiri pemantauan projek ni selama 2 hari jer..2hb jun cik yana terpaksa pulang sbb ade byk lg hal yg perlu disetelkan di rumah sebelum majlis bermula..
Oklah..sampai di sini sahaja entry kali ni...nnt ade citer baru, cik yana akan story lg k..bye!~

Thursday, May 13, 2010

Kursus Hasilan Rosell

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah...baru2 ni pada 11 & 12 Mei, Cik Yana telah berjaya mengendalikan 1 kursus hasilan rosell di tempat kerja cik yana iaitu di MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang..Kursus telah mendapat kerjasama drpd pihak IADA..Kursus ni telah dirancang sejak 5 bulan lepas...Sambutan yg diterima amat menggalakkan..utk kursus ini kami telah mensasarkan usahawan2 yg baru cuba2 menjinakkan diri dlm dunia perniagaan..
di bawah ni, ade gambar2 yg sempat cik yana captured semase kursus sdg berlangsung..Insyallah next year kursus lain pulak..


Wednesday, May 5, 2010

Sebulan lagi..

Assalamualaikum WBT..

Hari ni 4 Mei 2010..maknanya genap sebulan dari skrg status diriku akan berubah dan bakal menjadi isteri kepada sesorang yg amat kukenali sejak 7 tahun yang lalu..ape perasaan ku skrg???? hati ni kdg2 rase x keruan, rase sedih, gembira....rase gembira kerana aku bakal berkahwin dan bakal menerima faedah2 daripadanya...rase sedih pula kerana selepas detik aku diijabkabulkan, ayah n ibuku akan menyerahkan tggjawab mereka mendidik n membimbing aku selama 25 tahun kepada suamiku nnt...Insyallah selepas ni kehidupan aku akan lebih teratur dan lebih bererti lg dengan berkat restu ibu bapa dan Allah SWT..aku juga berazam utk memperbaiki lg diriku dgn sikap yg lebih penyabar, lebih tenang dan belajar byk perkara..

oklaylah..bye..jumpa lagi!~