Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 24, 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW..

Sumber : iluvislam.com

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Tuesday, February 22, 2011

Desert : Sagupal

Desert ni simple, mudah n cepat disediakan....

my homemade sagupal (imej kurang menarik di atas faktor pengcahayaan)

BAHAN-BAHAN
*2 cawan sagu
*6 cawan air
*1 cawan gula pasir ( boleh gak buh gula merah)
*beberapa titik sirap ros (utk pewarna)
*daun pandan
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
1 cawan air

CARA-CARA
1. Satukan bahan2 yg bertanda * ke dalam periuk
2. Nyalakan api n kacau sehingga sagu kembang
3. Utk kuah pulak, satukan susu cair, air n esen vanila. Kacau sehingga mendidih
4. Boleh dihidangkan.. Lebih enak jika disimpan sejuk dlm esbok dulu....

Sekian... hehe .. :)

Saturday, February 19, 2011

Pi Padang Besaq...

Sabtu lepas (12 feb), kami ke padang besaq.. bg yg x tau lg, padang besaq terletak nun jauh di utara iatu di perlis indera kayangan.. border ngan siam... kami selalu pi ctu.. cuci mata.... haha

Kami bertolak kul 3 n balik ke rumah semula jam dah menunjukkan kul 7.15pm.. perghhh......mmg sakan laaaaaa.......

Ni di antara brg2 yg kami rembat di padang besaq:

Hubby
: beg deuter 90 liter (RM90 - kawan tempat keje die kirim)
: blouse bunge2 (RM3O - hubby belikan utk aku.. TQ abg.. mmuahhhh)

Abg sdg sibuk memilih beg yg dikirim oleh kwnnye...


Aku

: Beg laptop deuter (RM55)
: Wallet utk ibu tersyg (RM25)
: Perfume (RM35 for 2 bottlles - 1 utk aku n 1 utk hubby)
: Buah Longan (RM8 for 1kg - puas hati sbb beso-beso)

Santek x beg haku???

Mak

: kacang pistachio, sotong kering, kerepek2 (RM62)
: blouse bunge2 (RM35)

Mak sdg dibuk memilih wallet

Adik

: topi barbie (RM8)


Sekian terime kasih... :)

Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul..

Assalamualaikum.....

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh pelusuk dunia...

Mari kita berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SWT...

Contohi akhlak mulia Rasulullah dalam kehidupan kita...


Kenapa masa cepat sgt berlalu??

Hai uols!!

Kenapa yek, klu kita cuti lama mana sekalipun akan rase cepat sgt masa tu berlalu??? tapi kalau kena kerja...alahai.....lambatnye!!! kdg2 nak tunggu pukul 5 pun dah lenguh punggung...

untuk cuti kali ni aku cuti selama 4 hari... maulud nabi cuti pada selasa...maka hari isnin aku ambil cuti... so jumlah 4 hari (sabtu, ahad, isnin dan selasa).....

untuk cuti kali ni lebih bermakna kerana abg dtg jumpa aku di jitra iaitu di rumah mak abah..... sabtu pagi abg sampai dan balik semula ke bangi pada ahad... hurmmm... x puas rasanya bersama-sama ngan suami tercinta.... abg x ley stay hingga selasa sbb abg kena kerja.. kerja swasta camtu le... nak cuti pun susah... huhu...xpe, minggu depan jumpa lg... sob sob sob....

tp sempat juga kami jalan2 ke pdg besar.... perabih duit.. kik3....

p/s: x sabar nak bercuti panjang lg... yg penting masa ku terluang bersama-sama org yg tercinta iaitu suami, mak, abah n adik2.... muaahhhhh love uols!

Saturday, February 12, 2011

Balik Jitra dan Jumpa Abang...

Hai semua!

sewaktu en3 ni ditaip, aku berada di jitra...baru je sampai rumah parents dalam sejam lepas... aku akan berada di cni sehingga rabu jam 6.30 am.... sbb jam 6.30 am tu aku akan bergerak ke bertam pulak untuk bertugas.....

Mlm ni abg akan naik bas xpress dari kajang ke jitra... insyallah kul 6 am sok abg sampai... yessss!!! rindu sgt... suami kan... sentiasa berada di dalam hati dan ingatan x kira di mana pun aku berada....

k lah... x nak taip panjang2... hehe...

Bye!

nota kaki: Ya Allah, Ya Tuhanku... Kau selamatkanlah perjalanan suamiku... Ameennnn....

Friday, February 11, 2011

Resepi Pudding Karamel..

Desert kegemaran aku... senang n simple jer....
Entry ni juga khas untuk cik fida n kawan2 yg lain yg ingin mencuba resepi ni...

my homemade pudding karamel

BAHAN-BAHAN:

1/2 cawan gula

4 biji telur

1 sudu tepung jagung

1 sudu esen vanila

1 tin susu cair

untuk karamel : gula pasir (ikut suka - aku letak x sampai 1 cawan pun)

CARA-CARA:

1. karamel : gula pasir masukkan dalam loyang n panaskan atas api...tunggu sehingga cair n warna keperangan..then matikan api.

2. sediakan pengukus

3. gula, telur, esen vanila, tepung jagung n susu cair tu aku blend jer... tp blend jap jer dlm 30 saat... nak kacau2 je pun boley... klu terlebey blend nnt adunan jd gebussss n berlobang sgt mcm sarang semut...ekekkekeke

4. masukkan bahan2 yg dah blend td dalam loyang yg ade karamel tu....

5. pastu kukus jer sampai masak.. anggaran 20-25 minit....

Tuesday, February 8, 2011

Tahajjud Cinta..

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

** Lirik yang bisa membuatkan hati menjadi insaf...

Sunday, February 6, 2011

Dua Puluh Enam!

Assalamualaikum wbt...

Cepatnye masa berlalu...4 february 2011 lepas genap la umur aku 26 tahun.. huhu.... tua dah.... dah x leh dah nak gedix2...

Nyum nyum

Pagi2 jer bangun tido, encik hubby terus ucap "happy birthday"... suka sgt.. hehe

Masa tu kami semua termasuk keluarga aku berada di terengganu sempena majlis perkahwinan sepupuku... semua duk ucap2 happy birthday.. nyanyi2 tuk aku... bahagia nye... alhamdulillah.. syukur sgt kerana dikurniakan keluarga bahagia....

Oh ye.. hadiah pun encik hubby dah bagi awal2 dah.... aquarium ngan ikan2 comel... tenkiu abg... i love u... mmmuahhh..... gambar2 hadiah tu ade kat album fb aku....

hadiah dari encik hubby

Tuesday, February 1, 2011

Ke Terengganu...

Hye uols!

Minggu ni kami akan ke Paka, Terengganu.. Hmmmm....untuk apa yer????
Sebenarnya 3 dan 4 hb 2 ni merupakan persandingan sepupu aku... kakak dan adik lelaki... buat serentak... yg si kakak ni sepupu aku yg paling rapat sejak kami kecil lagi... umur kami sebaya... lahir tahun 1985.... 3hb tu majlis persandingan akan diadakan di Paka, manakala pd 4hb pulak di rumah pengantin lelaki ( hubby sepupu perempuan aku)....

Plan kami pulak?? lepas je selesai kedua-dua majlis, kami akan terus berangkat pulang.. dan akan singgah bermalam di kuantan... esoknya pula kami plan ke pantai cherating.... mak, abah dan adik2 aku pulak selepas majlis mereka akan berjalan2 ke kelantan dan bermalam di sana...

p/s : sungguh cepat masa berlalu... dah 31 hari kita hidup di tahun 2011... hari-hari mendatang kita perlu hadapi dan tempuhi dengan pelbagai bentuk cabaran... yang pasti kita hanyalah insan yang menumpang di atas dunia....