Diyana n Alif selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 23, 2010

Mengapa Cincin Perkahwinan Disarungkan di Jari Manis?


satukan kedua tangan anda dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam,kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar).

permainan dimulai.5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan....

1.cuba buka ibu jari anda,ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua.manusia mengalami sakit dan kematian,oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

2.tutup kembali ibu jari anda dan buka jari telunjuk anda,jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik).mereka memiliki keluarga sendiri,dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

3.sekarang tutup jari telunjuk anda dan buka jari kelingking anda,jari kelingking mewakili anak-anak.cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri.

4.selanjutnya,tutup jari kelingking anda,bukalah jari manis dimana anda menyarungkan cincin perkahwinan.anda akan heran kerana jari manis tersebut tidak boleh dibuka.kerana jari manis mewakili suami isteri,selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain,sehidup semati.

*kalau masih belum paham,cuba baca ayat diatas sekali lagi.

Sunday, November 21, 2010

Keronsang canteq..

hye u ols...

sapa2 yg minat keronsang yg canteq2 tu bolehlah kontek aku or tgk kat fesbuk aku @ diyanaroslan@yahoo.com.. murah2 jer...



Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha buat semua..

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari raya aidiladha buat kawan2 semua.. tahun ni kami beraya di perlis, di rumah tok..

Sekadar utk berkongsi:

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya Aidilaldhamerupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,

“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”

“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah sekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut Aidiladha dapatah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

Wednesday, November 10, 2010

Our 2nd Honeymoon :)

Lama betol x menulis dlm blog nih...banyak cerita tp xde mood nak menaip..hehe

K lah, kali ni aku nak story pasal 2nd honeymoon kami...Kami pi Pulau Pangkor jer... Pi masa cuti deepavali 5-6 November lepas..

Abg sampai dr kajang jam 5.00am dr kajang..then aku terus amik kat stesen bas butterworth...terus pi R&R Juru utk tido dlm kereta...haha...tdo jap jer, solat subuh n sarapan..kul 8am terus gerak g lumut...

Sampai di jeti Lumut terus book chalet n naik bot kul 10.30am..sampai pangkor terus sewa moto..mahal betoi..depa cekik darah..mentang2 la peak days kan..rm60 utk 1 hari...huhu.... pastuh terus cek in dlm kul 12tghari....kami duk chalet pangkor holiday resort kat pantai pasir bogak...Best sgt tempat ni..cantik, bersih n privacy..

ptg tu pulak kami juz ronda2 sekitar pantai pasir bogak, teluk nipah n mengelilingi pulau..siap masuk kampung org lg...ekekekeke....

pas ronda2 kami blk ke chalet..ape lg, terus berendam dlm swimming pool...hehhee... sejam berendam pun rasa x puas...terase jakun pulaks...kui3...

Mlm tu pulak, kami kuar jalan2 cari mkn...kami order ketam masak cili, tomyam campur n kerang bakar...tp last2 kami x jd mkn kat restoran tu, tapau jer mkn kat chalet sbb hujan sudah turunnnnnnnnn.....

esoknye pulak, pagi2 kul 9 berendam lg dlm swimming pool...sekejap jer..dlm setengah jam pastuh naik...hehe..ni bukannye ape, chalet bayar mahal, klu x berendam rugi ler...kui3...pastuh kami terus jer bersiap2 nak cek out...then terus ke jeti pulangkan blk moto sewa tu....terus naik bot kul 12.00 menuju ke jeti Lumut..

dah sampai lumut, makan2 dulu..pastuh g beli sotong kering, ikan tenggiri masin n mcm2 la..haha..kat cni lg murah..kat pangkor tu mahal lg...

pastuh ape lg, blk la kami semula ke penang..otw balik tu sempat singgap jom heboh kat batu kawan lagik....

Sekian.... :)

---> Sila jamu mata...